Berita Semasa: Kemalangan Maut Melibatkan Penuntut Malaysia

Arwah Zaid

Tanggal 21 Oktober 2007 menjadi satu titik hitam bagi seluruh warga mahasiswa Malaysia di Mesir apabila kehilangan salah seorang warganya. Saudara Zaid bin Muhammad, 22 (gambar) yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Solah Salim, Kaherah, menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

Beliau yang berasal dari Kampung Batu Gajah Malau, Jitra, Kedah Darul Aman merupakan salah seorang pelajar Muadalah yang baru tiba dari.Malaysia. Saksi kejadian yang juga sahabat beliau menceritakan ketika kejadian, beliau bersama-sama mangsa baru sahaja selesai kelas pengajian Al-Quran di sebuah masjid. Dalam perjalanan pulang, mangsa dirempuh oleh sebuah lori kecil apabila gagal melintas jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan. Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang waktu tempatan.

Bapa mangsa tiba dari Malaysia pada 23 Oktober sekitar jam 7.00 pagi sebelum solat jenazah disempurnakan. Allahyarham selamat dikebumikan di Hayyu ‘Asyir, Kaherah. Majlis pengebumian turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Rumah-rumah Negeri dan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

Kehilangan mangsa seharusnya menyedarkan kita terutama pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah betapa kematian itu datangnya tiba-tiba. Tiada siapa yang dapat menjamin masih ada esok untuk kita. Justeru, bersama-samalah kita perbanyakkan amal kebajikan kerana sesungguhnya setiap detik masa yang kita lalui di dunia ini tidak akan kembali melainkan sama ada ia menjadi hujah kita di hadapan Allah kelak atau menjadi hujah ke atas kelalaian kita.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh mangsa ditempatkan bersama-sama para anbiya’, para shiddiqin, para syuhada’ dan orang-orang soleh kerana sesungguhnya merekalah sebaik-baik teman.

About these ads

One Response

  1. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

    Kepada pelajar-pelajar di Mesir khususnya pelajar baru, contohi Aruah dalam rajin belajar Al-Quran di masjid, dan berhati-hatilah di jalanraya.

    Kepada pelajar-pelajar baru, sentiasa ingat kereta dari dari arah bertentangan berbanding dengan arah di Malaysia. Ini kerana steering kereta di sana berada di sebelah tempat duduk kiri, bukan kanan seperti di Malaysia.

    Ustaz Halim (ex-Mesir)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: