Tazkirah: Mujahadah Nafs

Zikir

“Membantah ketetapan tuhan ketika Turunnya ketentuan itu mematikan agama dan tauhid, serta mematikan tawakkal dan Ikhlas.” Kata-kata Al-Kailani dalam khutbah pertamanya yang dimuatkan dalam buku Fathu Ar-Rabbani.

Tujuan kata-kata beliau adalah untuk memberi tahu kepada kita kedudukan “mujahadah nafs” dalam menentukan hidup dan matinya agama ini. Ia menjadi sangat-sangat penting supaya nafsu menjadi taat dengan setiap ketentuan Allah SWT. Mujahadah nafs menurut beliau adalah kunci kesolehan hati seseorang. Apa yang dituntut dalam kehidupan seorang muslim adalah tunduk dan patuh dengan suruhan Allah meninggalkan maksiat dan redha dengan qada’ dan qadar yang telah ditetapkan olehNya. Hal ini tidak mungkin dapat direalisasikan melainkan dengan wujudnya mujahadah melawan hawa nafsu dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Bagi Al-Kailani, jiwa boleh merasa rindukan Tuhannya dan kejahatan serta kemaksiatan darinya dapat dihapuskan dengan mujahadah. Apabila mujahadah ini dilakukan dengan penuh kesungguhan, maka nafsu dapat dijinakkan, menjadi tenang dan dapat melakukan ketaatan dengan sepenuhnya. Ketika mana ianya diseru oleh Allah melalui firmanNya, “Wahai jiwa yang tenang dengan Tuhannya! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.” (Al-Fajr: 27-28 ) Lantaran itu, kembalilah jiwa-jiwa yang penuh mujahadah di atas muka bumi ini kepada penciptanya dengan penuh ketenangan.

Wahai jiwa-jiwa yang dikasihi,

Bersabarlah dalam bermujahadah kepadaNya. Sesungguhnya para anbiya’ dan salafussoleh terdahulu telah melalui jalan ini dengan penuh mujahadah walaupun dijanjikan dengan pelbagai kesenangan dan habuan duniawi. Bersabarlah dalam bermujahadah kerana disana kunci kepada kejayaan. Firman Allah SWT, “Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

Al-Kailani juga tidak meninggalkan kita begitu sahaja, bahkan beliau telah menyatakan kepada kita cara bagi mengislah hati. Beliau menyatakan bahawa hati akan menjadi soleh dengan ketakwaan, sentiasa bertawakal kepada Allah, mentauhidkan Allah dan ikhlas beramal kepadaNya. Sebaliknya hati akan menjadi rosak tanpa semua ini. Hati kata Kailani umpama burung di dalam sangkar dan rantai yang cantik di dalam peti. Sekiranya ia tidak dipelihara dengan baik dan penuh mujahadah, maka ia akan terlepas jauh dari mengenal penciptaNya dan semakin pudarkan keindahan dan kecantikan padanya.

Ayuhlah kita bersama-sama, mendidik hati supaya terus menerus melakukan ketaatan dan meninggalkan segala maksiat di dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Mudah-mudahan kita digolongkan bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan solihin.

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

About these ads

3 Responses

  1. syukran…insaf..perbanykkan lagi bahan-bahan tulisan antum semua. semoga dapat memberi manfaat kepada ikhwah di serata dunia.Allahu Akbar!!!

  2. salam.
    saya penuntut yang masih menuntut di malaysia sekarang…
    insyaALLAh, jika ada rezeki akan menyambung pelajaran ke Mesir..
    bagaimana mahu join ISMA ini
    andai saya sudah di mesir???

  3. ws wr wb,
    kepada saudari naimah,
    apabila sudah tiba di mesir nanti, sentiasalah merujuk iklan-iklan program di web ismamesir,
    program2 kami terbuka kepada warga umum penuntut2 malaysia di sini.
    jzkllh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: