
KAHERAH, 11 Mac. -Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir) buat julung kalinya telah mengadakan Karnival Sukan ISMA-Mesir pada 8 Mac yang lalu. Karnival selama sehari ini bertempat di Mukhayyam Kashafi Daim, Hayyu Sadis. Karnival ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga penuntut di bumi Mesir dengan kehadiran lebih 100 orang peserta.
Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang karnival. Antara acara utama termasuklah bola sepak, bola tampar dan gusti lengan. Selain itu, beberapa acara sukaneka turut dipertandingkan seperti acara kuda epal, penalti ayam mabuk dan lain-lain lagi. Karnival turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada barisan kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Karnival Sukan ISMA-Mesir 2008, Sdr Muhd Rushdi Afifi bin Asbullah manakala hadiah pula telah disampaikan oleh Pengerusi ISMA-Mesir, Sdr Mohd Sobri bin Muda dan Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir, Sdr Norfaizul bin Nuzam.
Filed under: 1


WALLPAPER RAMADHAN 1
WALLPAPER RAMADHAN 2
BULETIN ISMA-MESIR
BULETIN ISMA-MESIR
BULETIN ISMA-MESIR


Dapatkan update terkini di emel anda!!
~mantap…..teruskan beramal.
-rindunya mesir…:P
respon sebahagian peserta2 : acara menarik, byk kelainan dan benda2 baru, kalau ade lagi program ISMA Mesir mereka nak join lg..
senamrobik yang bersemangat~ hiyah!!gambate
haah.. memang best walaupun kumpulan ana dapat no 8 tapi tetap best!!