Khas: Perutusan Aidil Fitri Pengerusi ISMA-Mesir

Perutusan khas oleh Pengerusi ISMA-Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-rumy bin Selamat sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008 bersamaan 1429H.

Khas: Ucapan TYT Dato’ Duta & Pengarah JPMK (*updated)

Ucapan khas untuk IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA-MESIR (ISMA-MESIR) oleh TYT Dato’ Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Prof Madya Dr. Jamil bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia-Kaherah sempena Aidil Fitri 2008/1429.

 

Berita: Perkampungan 10 Akhir Ramadhan ISMA-Mesir


27hb Sept, Kaherah- Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir telah menganjurkan program Perkampungan 10 Akhir Ramadhan ISMA-Mesir 2008. Program yang bertempat di Pejabat ISMA-Mesir, Kaherah dan Masjid Salam ini merupakan yang kedua seumpamanya. Program pada tahun ini melibatkan 40 orang peserta dengan sebahagiannya merupakan pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang baru tiba di Mesir. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah selain mengeratkan hubungan persaudaraan antara peserta.
Read more »

Berita: Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah JPMK

Dari kiri: Sdr Muhd Rushdi, Sdr Shuhaib Ar-Rumy, Professor Madya Dr. Jamil,
Sdr Salman Al-Farisi dan Sdr Salman Abd Rahman

8 Sep, Kaherah- Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di sini semalam telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk penuntut-penuntut Malaysia di Kaherah. Majlis yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) itu turut dihadiri oleh beberapa pegawai dari Kedutaan Malaysia di Mesir dan pegawai dari JPMK. Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir) turut bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa tersebut atas jemputan pihak JPMK.

Read more »

Tazkirah: Persediaan Menghadapi Ramadhan

الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Read more »

Tazkirah : Bulan Rejab

الوقت هو الحياة

‘Masa adalah kehidupan.’

Betapa benarnya ulama’ tersebut tatkala beliau mengungkapkan kata-kata di atas. Masa lebih berharga dari emas, tidak mampu dijual beli dan tiada gantinya.

Detik masa akan sentiasa berlalu. Hari bertukar bulan, dan bulan bertukar tahun. Dan kini, samada kita sedar ataupun tidak, kita sudah menghampiri ke penghujung bulan Rejab. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama muhasabah diri, sejauh mana penghayatan kita terhadap sempena-sempena yang telah Allah sediakan untuk kita.

Bulan Rejab

Bulan rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam.

إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله يوم خلق السموت والأرض منها أربعة حرم

‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.’
At-Taubah : 36

Selain Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan mulia, dimana diharamkan pertumpahan darah padanya. Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain, bulan Rejab dihiasi dengan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulallah dan Umat Islam. Bulan Rejab menjadi saksi kepada  Hijrah pertama ke Habsyah, peristiwa Isra’ Mikraj, Perang Tabuk, pembukaan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dan beberapa peristiwa yang lain.
Read more »