Pemuda Dan Dakwah

Memilih dan mengumpul para pemuda yang mempunyai sifat pintar dan berani kemudian mentarbiah mereka dengan pentarbiahan yang tuntas dan serius merupakan dua rukun asasi dalam perancangan harakah islamiyyah. Ia sebagaimana dinyatakan oleh Abu al-Hassan Ali An-Nadwi:

“Kita mesti mengeluarkan rijal yang mampu mengerakkan dakwah, menguruskan pentardbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan dakwah mahupun institusi meskipun mempunyai kekuatan dan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang sehingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan semua pendokongnya.”

Mengumpul dan kemudian mendidik para pemuda hendaklah menjadi agenda kita bersama. Ini kerana pemuda memiliki sifat-sifat yang istimewa yang sekiranya ianya mampu dihidupkan nescaya keistimewaan yang dimiliki ini bakal menggerunkan musuh-musuh Allah SWT. Asas yang dimiliki oleh seorang pemuda ialah:

  1. Keimanan
  2. Keikhlasan
  3. Semangat
  4. Usaha

Keempat-empat asas ini merupakan sifat yang istimewa bagi seorang pemuda. Asas kepada keimanan ialah hati yang bersih, asas kepada keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah keinginan yang kuat dan asas kepada usaha ialah kezaman yang membara. Atas dasar inilah kita melihat bahawa mana-mana gerakan mahupun ideologi akan menjadikan para pemuda sebagai tulang belakang kepada gerakan mahupun ideologi tersebut. Sejarah awal Islam juga telah membuktikan bahawa mereka yang menerima dan mendokong dakwah baginda Ar-Rasul SAW terdiri dari kalangan pemuda. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Allah dan kami tambahi mereka dengan hidayah pentunjuk.” (Al-Kahfi: 13)

Ikhwah dan akhawat sekalian,

Oleh yang demikian, ketahuilah sesungguhnya kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita miliki. Sekiranya gerakan zionis antarabangsa meletakkan pendidik-pendidik mereka di serata dunia baru merekrut fahaman dan ideologi mereka, merencana, berpenat lelah siang dan malam semata-mata ingin menghancurkan Islam, kita seharusnya memiliki himmah yang tinggi serta kesungguhan dan keazaman yang tidak berbelah bahagi bagi melihat kalimah Allah tertegak diatas muka bumi ini. Ketahuilah sesungguhnya Allah swt telah berfirman:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, tidak akan diterima daripadanya, Dan ia pada hari akhirat akan tergolong dari golongan orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)

Ayuhlah ikhwah sekalian kita merenung nasib ummat ini. Islam tidak akan bangkit melainkan dengan adanya pendokong. Pendokong pula tidak akan wujud melainkan ada di sana usaha untuk tajmik (kumpul) dan takwin (bentuk) pemuda-pemuda seterusnya mendidik mereka dengan kefahaman Islam yang syumul. Perjuangan ini sangat-sangat menuntut pengorbanan ikhwah sekalian untuk bersama-sama turun ke medan, mendekati sahabat-sahabat dan menyeru mereka agar turut bersama-sama mendokong deen ini. Zahirkan kecintaan dan kasih sayang kita kepada seluruh muslimin kerana kita adalah bersaudara. Jauhilah persengketaan yang melemahkan kerana musuh seringkali bersatu bagi menghancurkan kita. Ketauilah ikhwah sekalian bahawa akhirnya jannah Allah SWT hanya akan menjadi milik kita apabila kita menyarut seruan dan janji Allah SWT melalui firmanNya:

*إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيم*

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111).

3 Responses

  1. syukran diatas peringatan yang diberikan..=)

  2. Permulaan yang baik. Perbanyakkan aktiviti menulis di kalangan ikh dan akw. Buku-buku tulisan tokoh-tokoh ulama dakwah di Mesir 20 kali ganda lebih banyak dari di tanahair. Sampaikan isi kandungan buku-buku, makalah di dalam akhbar dan idea mereka melalui tulisan-tulisan antum dalam blog ini untuk dikongsi oleh kami di tanahair.

  3. Betul apa yg di katakan oleh Abu Jihad…banyak kitab2 yg di tulis oleh tokoh2 Islam di bumi ambia’ itu…kalau di terjemah sikit demi sedikit ke dalam Bahasa Melayu,kan bagus..tak semua yg reti sangat nak faham dalam bahasa arab..buat kesimpulan pun ok gak…syabas kepada sesiapa yg menterjemahkannya….lagi bagus kalau di terjemahkan tentang fatwa dr mufti mesir yg terbaru dari bumi mesir sendiri buat tatapan kami di Malaysia ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: