Patriotisme

Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-50. Ketika itu, seluruh rakyat, yang terdiri daripada pelbagai kaum, akan bersama-sama menjayakan acara yang penuh gilang-gemilang itu. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Meskipun begitu, masyarakat Malaysia hidup dengan aman dan harmoni. Malaysia menjadi role model dalam perpaduan rakyat, dan kestabilan masyarakat.Itu yang selalu kita dengar. Persoalannya, sejauh mana kebenaran perkara ini.

Peristiwa penyebaran sebuah klip video yang menghina agama Islam dan bangsa melayu, telah menyebabkan kekecohan besar dalam negara. Reaksi masyarakat berbagai. Ada yang marah dan menghentam balik. Ada yang suka dan mengiyakan. Ada yang duduk berdiam diri, tak kisah.

Persoalannya, bagaimana sebuah klip video boleh menggoyahkan perpaduan yang selama ini hebat dibanggakan?

Mengapa kerajaan terpaksa keluarkan statement untuk menjernihkan kembali suasana? Sepatutnya masyarakat yang bersatu ini tidak akan terusik dengan klip video yang remeh. Individu dalam masyarakat ini takde masa nak bertelingkah. Mereka sedang berusaha memakmurkan negara.

Ini membuat kita berfikir,

Adakah perpaduan kaum yang digembar-gemburkan selama ini hanya sebuah ilusi?

Renungilah kisah dibawah.

Kisah Tiga Pencuri

Tiga pencuri yang telah berjaya melakukan satu rompakan, telah melarikan diri bersama hasil rompakan mereka, ke dalam sebuah gua. Penat merompak, mereka semua kelaparan. Salah seorang daripada merekapun keluar mencari makanan. Dalam perjalanan pulang, pencuri tadi terfikir, “Mengapa aku perlu berkongsi hasil rompakan tadi dengan yang lain? Baik aku bolot semua wang tersebut.” Beliaupun meletakkan racun ke dalam makanan yang dibeli tadi. Sesampainya di pintu gua, beliaupun melangkah masuk dengan penuh yakin bahawa rancangannya akan berjaya. Belum sempat kaki kedua melangkah, kedengaran satu tembakan. Dadanya terasa sakit dan darah menyembur keluar. Matanya semakin kabur, dua orang berdiri dihadapannya dengan salah seorang daripadanya memegang pistol. Rupa-rupanya dua pencuri yang lain mempunyai niat yang sama, dan telah bertindak lebih awal.

Dua orang pencuri yang lain tertawa riang. Kawan mereka telah mati. Kini habuan masing-masing telah meningkat. Mereka menjamu selera dengan gembira, sambil menceritakan rancangan untuk menghabiskan wang masing-masing. Namun di sebalik wajah yang manis, masing-masing sedang merancang untuk membunuh antara satu sama lain, supaya semua wang itu dapat dibolot sendiri. Belum sempat mereka bertindak, kesakitan menular keseluruh tubuh masing-masing. Baru mereka sedar bahawa makanan tersebut telah dibubuh racun. Akhirnya ketiga-tiga pencuri tadi mati akibat ketamakkan sendiri. Wang hasil rompakan terbiar begitu sahaja.

Mungkinkah ini senario masyarakat kita sekarang?

Bermanis muka bila bertemu. Saling menunjukkan komitmen antara satu sama lain. Namun, dalam masa yang sama, setiap bangsa sedang merancang kejatuhan bangsa yang lain, supaya masing-masing dapat menguasai negara.

Mungkinkah juga kesudahan yang sama akan dialami?

Kemusnahan setiap bangsa, dan negara terbiar kepada ancaman luar, tanpa sebarang pembelaan. Mudah-mudahan perkara ini tidak berlaku.

Islam Dan Patriotisme

Ikhwah akhwat yang dikasihi,

Perpaduan kaum di Malaysia, dibina atas semangat patriotik dan kefahaman nasionalisme. Setiap kaum dan bangsa harus bersatu, menyumbang untuk kebaikan negara.

Sekiranya yang dimaksudkan dengan patriotik itu ialah menyeru kepada perpaduan sesama manusia, membebasan negara dari penjajahan dan pengaruh luar, dan memajukan negara, maka kita tidak menolaknya.

Bahkan kitalah yang paling kuat memperjuangkannya. Dan anda akan melihat bahawa seluruh nilai patriotisme tidak lain hanyalah sebahagian daripada Islam.

Namun sekiranya semangat patriotisme itu menyeru kepada kebanggaan pada sesebuah bangsa atau negara sehingga merendahkan dan menzalimi bangsa yang lain, serta memecah belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, maka kita menolaknya.

Inilah Islam dengan sifat adil dan pertengahannya (tawazun).

Uniknya Patriotisme Kita

Pertama, kita meletakkan sempadan patriotisme kita pada akidah, sedangkan manusia lain menghadkan patriotisme mereka dengan sempadan geografi. Sebenarnya setiap ceruk bumi yang terdapat muslim yang mengucap syahadah, ia adalah bumi dan tanahair kita.

Kedua, pejuang-pejuang patriotisme meletakkan kemerdekaan negara sebagai matlamat. Setelah mencapai matlamat itu, mereka berusaha memajukan negara. Malangnya kebanyakkan mereka hanya menumpukan aspek kebendaan.

Ini berbeza dengan Islam yang berjuang untuk mengibarkan panji Islam keseluruh dunia, dan memimpin manusia kearah kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Satu Noktah Penting

Ada dakwaan yang mengatakan jika kita menolak prinsip patriotisme, negara akan berpecah belah berpandukan bangsa yang hidup dengan latar belakang agama yang pelbagai. Inilah antara salah faham masyarakat Malaysia sekarang. Inilah yang membawa kepada usaha menolak agama, terutamanya agama Islam. Hakikatnya, Islam adalah agama perpaduan dan kesaksamaan, sudah cukup untuk menjamin keharmonian antara semua anggota masyarakat. Inilah yang ditunjukkan oleh negara Islam yang pertama, Madinah al-Munawwarah.

Kita

Sebuah negara dibina atas masyarakatnya. Masyarakat ini pula, sebenarnya terdiri daripada individu-individu yang pelbagai. Oleh itu, kestabilan sebuah negara sebenarnya bermula daripada individu dalam masyarakat tersebut, sejauh mana mereka memahami konsep patriotisme dan nasionalisme yang ingin dibawa oleh negara itu. Bagi yang beragama Islam, yang kita mahu adalah patriotisme Islam, iaitu kefahaman tentang hakikat agama Islam itu sendiri. Individu-individu muslim ini akan menjadi role model, membimbing individu yang lain, membentuk masyarakat yang harmoni.

Inilah keindahan Islam, agama fitrah, sesuai untuk manusia. Menyelesaikan masalah ummah, dan membawa kepada kehidupan yang sejahtera.

Jadi, andai tak bermula dari kita, siapa lagi?

One Response

  1. artikel yg mnarik..buat ana terfikir adakah patriotisme yg kita bangga2kn selama ni sebenar-benarnya patriotisme yg dianjurkan dlm ISLAM…jzzkk akhi.. smoga kita dalam hidayahNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: