Fokus: Badr Al-Kubra

Badar al-Kubra

Perang Badar dianggap sebagai titik transformasi dan perubahan serta pembeda dalam sejarah Islam kerana mengandungi pengajaran dan teladan serta natijah yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Sesiapa yang mempelajari sejarah Badar ini, melihat muqaddimahnya serta kesan dari muqaddimah tersebut sudah pasti merasakan bahawa ia satu sejarah yang hebat dan mengetahui selepas itu bahawa sejarah dunia sebenarnya telah meninggalkan di dalam ‘fasa-fasa’nya satu rahsia yang digeruni, juga peringatan yang sepatutnya diambil ingat selagi mana berlakunya peperangan di antara haq dan batil dan di antara cahaya dan kegelapan.

Sesungguhnya ia adalah peperangan yang bakal menentukan kesinambungan perhambaan kepadaNya, sama ada ia akan kekal atau akan terhenti… Kerana itulah kita dapat lihat seorang panglima dalam perang ini yang merasakan hakikat tersebut telah pergi ‘menghadap’ Tuhannya,bermunajat dan memohon agar disempurnakan janji yang telah dijanjikan kepada toifah mu’minah yang amat kecil bilangannya itu…”Ya Allah, sempurnakanlah janjiMu…Ya Allah, andai hancur kumpulan kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini…” Dan teruslah Baginda SAW bermunajat sebegitu kepada Tuhannya sehingga turunlah wahyu bagi menenangkan dirinya…

سيُهزَم الجَمْعُ ويُوَلُّونَ الدُّبُر

Ertinya: “Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.” (Al-Qamar: 45)

Muqaddimah Kemenangan

Seperti yang kita semua sedia maklum, perang ini berlaku pada tahun kedua hijrah, 15 tahun selepas bi’sah an-Nabiy Justeru, kita perlu berpatah balik kembali untuk melihat apa yang telah dilakukan Baginda SAW dalam persediaan menghadapi peperangan sebegini, peperangan yang menyaksikan bilangan yang kecil menewaskan bilangan yang besar yang lengkap dengan kelengkapannya, kerana, sudah tentu dalam peperangan-peperangan yang sebegini ‘unik’, ada persediaan ‘ramuan-ramuan’ dan ‘bahan-bahan’nya yang tersendiri, sehingga toifah mu’minah yang kecil tadi dapat kembali ke tempat mereka dengan kemenangan yang besar. Ini adalah beberapa perkara yang telah dilakukan Baginda SAW:

1. Pemantapan akidah di dalam diri

Rasulullah SAW telah duduk 13 tahun lamanya di Mekah. Selama tempoh ini, Rasulullah telah memberikan penumpuan kepada pembetulan akidah dan kepada mengalihkan manusia daripada penyembahan berhala kepada penyembahan kepada Allah Yang Esa. Wahyu-wahyu yang turun ketika itu juga memberikan penumpuan yang sama iaitu kepada pemantapan akidah dan penyucian diri. Apa yang dilakukan oleh Baginda SAW dengan jelas dalam kehidupan para sahabat. Mereka telah beralih dari kehinaan menyembah berhala kepada kemuliaan Tauhid, daripada berbilang-bilang Tuhan kepada Tuhan Yang Maha Esa.Mereka juga terus meningkat dan maju dalam pembentukan diri (tazkiyyatun nafsi) mereka dalam rangka persediaan untuk menerima perintah-perintah Allah yang lebih besar yang bakal mendatang.

2. Memainkan peranan masjid

Masjid adalah jantung dan saraf umat ini. Mereka masuk ke dalamnya dalam keadaan khusyuk kepada Allah. Di sinilah tempatnya di mana berkumpul yang miskin dengan yang kaya, ketua dan juga pengikut, hamba dan tuan, sehingga terikat hati-hati ini dengan ikatan iman dan ukhwah, yang membawa kepada lurusnya saf perjuangan dan mantapnya jemaah.

Kerana itulah kita melihat Baginda SAW antara perkara pertama yang dilakukannya adalah mendirikan masjid yang menjadi tempat ibadah, tempat ilmu, tempat keluarnya perintah-perintah dan taujihat, tempat meningkatnya ruh umat, tempat manusia belajar mengadabkan dirinya, tempat ditingkatkan himmah mereka, tempat mereka berbincang mencari penyelesaian kepada masalah umat. Namun dalam konteks sekarang, masjid seolah-olah telah hilang peranannya apabila aktiviti di masjid dihadkan kepada solat berjemaah dan ceramah agama semata-mata.

3. Persaudaraan yang hakiki

Rasulullah SAW Muhajirin. Persaudaraan ini adalah persaudaraan yang benar-benar sejati (banyak kisah-kisah ukhwah yang menyayat hati yang dapat kita lihat dalam persaudaraan mereka) sesuai dengan apa yang disifatkan Allah terhadap orang-orang beriman (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ).Syiar ini bukanlah sekadar syiar, tapi ia adalah satu hakikat yang telah benar-benar terjadi dalam erti kata yang sebenar pada zaman Rasulullah SAW yang membawa kepada kekuatan Islam ketika itu.

4. Pengamalan syura

Rasulullah SAW dan telah mendidik mereka dengannya. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kisah Saidina Al-Habbab bin Al-Munzir. Telah diriwayatkan bahawa pada perang Badar Rasulullah SAW mempunyai pendapatnya yang tersendiri lalu menghampiri Rasulullah SAW dan menyatakan pendapatnya bahawa tempat yang sesuai adalah di tempat lain yang mempunyai kolam yang dapat digunakan oleh tentera Islam. Ketika itu, Jibril turun kepada Baginda dan menyatakan itulah pendapat yang terbaik. Baginda lalu mengambil pendapat Al-Habbab.

Kalau kita perhatikan kisah ini, kita akan dapati bahawa Al-Habbab adalah seorang insan yang positif. Walaupun hanya sekadar sahabat yang biasa dan berhadapan dengan seorang Nabi yang diturunkan wahyu kepadanya serta para sahabat besar yang lain yang terdiri daripada mereka yang bijak-bijak, dia tidak malu untuk menyatakan pendapatnya yang dirasakan betul dengan penuh adab dan sopan. Ini dapat dilihat apabila dia sebelum mengutarakan pendapatnya telah bertanya kepada Baginda sama ada apa yang dilakukan oleh Baginda itu satu wahyu dari Tuhan ataupun sekadar ijtihad. Setelah mengetahui ia hanyalah ijtihad, maka Al-Habbab pun mengutarakan pandangannya.

Walaupun seorang insan yang hebat, Baginda SAW mendengar dan mengambil pendapat sahabatnya itu yang hanya merupakan salah seorang awamul muslimin. Ini menunjukkan kepada kita budaya terbuka dan syura yang menguasai kaum Muslimin ketika itu, yang penuh dengan perasaan thiqah, mahabbah, positif serta kesediaan untuk memberi dan menerima nasihat.

Ini adalah sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh Baginda selama 15 tahun sebelum perang Badar berlaku. Hasilnya, lahirlah para jundi yang benar-benar mantap imannya dan sejati pula tawakalnya. Lahirlah rijal-rijal yang akhirnya layak mendapat bantuan dari Tuhan berupa malaikat-malaikat yang turun berbondong-bondong sebagai berita gembira buat mereka tentang pertolongan Allah yang telah tiba serta sebagai penenang dan penguat hati bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka selagi mana mereka istiqamah di atas petunjuk Islam.

Pengajaran Buat Kita

Apa yang dilakukan oleh Baginda SAW kita hendaklah memberi penumpuan kepada perkara-perkara ini di samping perkara-perkara lain yang telah diajar oleh para ulama’ duat rabbani. Ini kerana dengan perkara-perkara sebeginilah Tuhan akan membentuk dan memilih rijal di kalangan kita yang layak menerima bantuan dariNya. Perlu diingat, kemenangan yang berlaku di medan Badar bukanlah hasil kekuatan tentera Islam ketika itu, tapi ia adalah hasil ‘tadbir’ Allah di dalamnya. Tanpa ‘tadbir’ Allah, sekuat mana pun kita, akhirnya kita akan kecundang juga. Inilah sunnah Allah dalam peperangan antara hak dan batil. Yang hak itu hanya akan berjaya dengan ‘tadbir’ Tuhan, Allah yang Maha Esa yang memiliki Qadr setiap sesuatu.

Tidak kurang pentingnya, kita juga hendaklah bersifat positif (ijabi) dan terbuka. Janganlah kita rasa inferior untuk menyatakan pendapat kita pada tempatnya dengan penuh adab sebagaimana janganlah kita menyempitkan fikiran kita sehingga tidak dapat mendengar pandangan orang lain, sehingga tidak dapat menerima kebaikan yang dilakukan orang lain semata-mata kerana kedudukan kita yang tinggi ataupun kerana izzatul intima’ (yang berlebihan) dengan sesuatu fikrah atau jemaah. Hendaklah kita sebagai seorang muslim berani tampil untuk menyuarakan pendapat yang baik, berfikiran terbuka, berlapang dada dalam menghadapi khilaf dan saling bersangka baik serta menerima kebaikan yang dilakukan oleh orang lain dengan perasaan gembira dan mengharap ia berterusan, kerana ini selari dengan konsep syura, mahabbah serta persaudaraan “إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَة” yang diterapkan oleh Rasulullah saw selama 15 tahun sebelum kejayaan Badar.

Akhirnya, semoga Allah mengampunkan saya di atas kesalahan-kesalahan yang mungkin telah saya lakukan dalam artikel ini. Saya juga berlindung denganNya daripada termasuk di kalangan mereka yang mengatakan apa yang tidak dilakukan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang menjadi Wali bagi kita semua dan yang berkuasa di atas setiap sesuatu.

Wallahua’lam.

One Response

  1. mantap! boleh digunakan utk sahabat2 di benua lain! teruskan mengumpulkan artikel!jazakumullah khairan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: