Berita Semasa: PERUBATAN Diterajui Kepimpinan Baru

Logo PERUBATAN

Kaherah, 26 Oktober – Tanggal 26 Oktober merupakan salah satu tarikh penting bagi Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN), apabila kepimpinan baru bagi sesi 2007/2008 telah dilantik. Dengan ini, PERUBATAN melangkah setapak lagi dalam merealisasikan matlamat utama PERUBATAN itu menjaga dan memperkasa kebajikan ahli-ahlinya.

‘Annual General Meeting’ atau singkatannya AGM PERUBATAN telah berjaya dilangsungkan di Dewan Malaysia ‘Abbasiyyah Kaherah (DMAK). Moga dengan kehadiran muka-muka baru di dalam organisasi PERUBATAN, persatuan ini yang telah berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) pada 30 Mac 2005 semakin matang dalam menempuh era-era kegemilangan mereka di Ardhul Kinanah ini.

ISMA-Mesir merakamkan sejuta penghargaan kepada Presidan PERUBATAN yang baru dilantik untuk sesi 2007/08, saudara Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin dan timbalannya, saudari Zawil Farhiha binti Razali. Tidak lupa juga kepada semua ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain yang telah dberi kepercayaan dalam meneraju kepimpinan PERUBATAN. Kami mendoakan agar mereka semua gigih berusaha dalam melaksanakan tugas-tugas dan amanah yang sememangnya berat untuk dipikul dan kelak akan dipersoal di akhirat nanti.

One Response

  1. Assalamualaikum

    Tahniah diucapkan kepada Dr Abd Kadir dan Dr Zawil. Saya yakin dengan sifat dan sikap yang baik dimiliki oleh kedua-dua mereka, Perubatan dapat memainkan peranan dengan baik sebagaimana yang telah dimainkan oleh Presiden dan Timbalannya sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: