Khas: Kunjungan Hormat Ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Bersama Dato’ Duta

CERIA: Dari kiri; Sabri, Datuk Zainal Abidin, Aminuddin, Shuhaib

Kaherah, 7 November — Satu kunjungan hormat dengan TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Kaherah di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohandisein telah dilakukan oleh Encik Aminuddin Haji Yahaya, Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam siri lawatan beliau ke Mesir. Beliau yang diiringi oleh Muhammad Sabri Muda, Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)-Mesir, Nor Faizul Nuzam, Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir dan Shuhaib Ar-rumy Selamat selaku Setiausaha ISMA-Mesir sangat gembira dengan pertemuan tersebut meskipun singkat dan berharap agar ia menjadi jambatan penghubung antara badan bukan kerajaan seperti ISMA dan pihak kedutaan Malaysia di Mesir. Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membina hubungan rasmi dan menjalin kerjasama erat dengan pihak kedutaan dalam aktiviti-aktiviti pelajar Malaysia di Mesir. Pertemuan yang amat bersejarah itu turut memberikan kesempatan berharga kepada ISMA untuk memperkenalkan objektif dan aktivitinya kepada TYT Datuk Duta dan berkongsi pendapat tentang usaha meningkatkan kredibiliti mahasiswa di Perlembahan Nil ini. Datuk Zainal Abidin amat menyokong setiap pihak yang meletakkan tumpuan melahirkan ilmuan serba boleh sebagai fokus dan tumpuan utama. Beliau juga memberi respon positif terhadap usaha ISMA untuk membentuk sifat keusahawanan dalam diri mahasiswa masa kini. Beliau berkata bahawa keusahawanan merupakan sifat yang digalakkan oleh Islam dan dalam Al-Quran terkandung banyak ayat yang menyeru kepada infaq (melaburkan harta di jalan Allah) dan arahan infaq ini hanya mampu dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa usahawan.

Bersama Dato’ Duta

Beliau juga bersetuju dengan usaha ISMA untuk membentuk generasi mahasiswa yang memiliki spiritual dan nilai kerohanian yang tinggi. Beliau menyatakan bahawa pegawai-pegawai yang mempunyai ketaqwaan yang kukuh kepada Allah SWT akan sentiasa amanah dalam menjalankan tugas serta sama sekali tidak akan menerima rasuah. Rakyat berintegriti dan bersikap daya saing seperti ini akan mampu memimpin anak bangsa ke arah kecemerlangan dan kejayaan. Encik Aminuddin turut menyampaikan cenderahati daripada ISMA kepada beliau. Pihak ISMA ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir di atas kesudian menerima kunjungan hormat ini dan berharap hubungan ini akan berkekalan di masa hadapan. Semoga ISMA dan pihak kedutaan dapat saling bekerjasama dengan baik dalam misi melahirkan mahasiswa cemerlang sebagai aset yang berharga bagi negara.

12 Responses

  1. Tahniah kpd ISMA Mesir!!!
    semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kpd hubungan yg lebih mesra di antara pihak kedutaan dan ISMA Mesir serta pertubuhan pelaja yg lain di masa hadapan utk kebaikan masyarakat pelajar Malaysia di Mesir.

  2. semoga dengan kerjasama erat antara pihak kedutaan dgn persatuan2 pelajar seperti ini akan dapat menjana generasi mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam segenap aspek.. baarakallahu fiikum..

  3. Melangkahlah dengan keimanan,bekerjalah dengan keikhlasan.

    Barakallahu fikum.Selamat Beramal!!

  4. salam..
    syabas isma mesir..semoga pertemuan yg singkat akan menghasilkan sesuatu yg memberi manfaat kepada kita semua..

  5. tahniah kepada isma mesir,
    semoga langkah terus maju dengan ‘kesatuan amal dan kesatuan fikrah’ …
    Salam..

  6. salam..
    smoga terus membara smngat kalian..:)

  7. tahniah,

    salam perjuangan

  8. salam~

    Semoga taqwa,iman, dan amal soleh menjadi tunggak pergerakan.
    Ilmu sebagai penyuluh jalan.
    Kesatuan menjadi sumber kekuatan.
    Masyarakat menjadi teman perjuangan.
    Keikhlasan dan keredhaan pada Allah menjadi tujuan.

    Ameen ya rabb~

  9. moga amal dakwah di Mesir dapat dikongsi bersama.

  10. Tahniah..

    Sebuah permulaan yang baik…

    Mari sama-sama kita syukuri…

  11. maklumat yang padat dan berguna. terima kasih.
    di kesempatan ini saya ini bertanya dan harap dapat membantu…saya ingin membawa para pelajar saya untuk lawatan akademik…dengan siapa harus saya berurusan dekat kedutaan malaysia di mesir? boleh saya tahu email person in charge.. terima kasih atas bantuan

  12. untuk urusan dengan Kedutaan Malaysia di sini, boleh terus berhubung dengan pejabat kedutaan melalui telefon (00202) 37610013 / 37610019 / 37610068 / 37610073 atau melalui faks (002-02) 37610192 / 37622395.

    harap dapat membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: