Berita Semasa: Kunjungan YAB Perdana Menteri Ke Mesir

Pak Lah

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berkunjung ke bumi Mesir pada pada hari Isnin tanggal 26 November 2007. Kunjungan beliau ini sudah pastinya amat dialu-alukan oleh seluruh rakyat Malaysia di Mesir terutamanya warga penuntut.

YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan beliau akan menjayakan Karnival Timur Tengah yang antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mahasiswa pengajian Islam khususnya mengenai bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi sekembalinya mereka ke tanahair tercinta, Malaysia. Ini penting bagi melahirkan mahasiswa Islam yang dapat menyumbang dalam pembangunan negara ke arah menjadi negara maju yang seimbang dalam aspek pembangunan material dan syakhsiah. Karnival selama 2 hari tersebut yang akan diadakan di Cairo International Conference Centre (CICC), Hayyu Sadis, Madinah Nasr, Kaherah akan turut disertai oleh 40 buah syarikat dari Malaysia. Lebih kurang 500 peluang pekerjaan dijangka akan disediakan untuk mahasiswa pengajian Islam khususnya di bumi Mesir.

Sehubungan dengan itu, pihak Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir) amat mengalu-alukan kedatangan YAB Perdana Menteri ke bumi Mesir yang jelas menunjukkan keprihatinan beliau terhadap mahasiswa Malaysia di luar negara terutamanya di Mesir. Pihak ISMA-Mesir juga menyeru seluruh warga mahasiswa Malaysia di Mesir untuk tidak mensia-siakan kunjungan yang bersejarah ini dengan turut serta dalam karnival itu nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: