Berita Semasa: Letupan Gas Menimpa Pelajar Malaysia

Zulhilmi

17 November, Iskandariah — Seorang pelajar Malaysia di sini semalam melecur teruk di beberapa bahagian badan apabila terlibat dalam satu kejadian letupan tong gas. Mangsa, Mohd Zulhilmi bin Azelan (gambar) pelajar tahun 2, fakulti perubatan di Universiti Iskandariah kini mendapat rawatan di burn centre unit di Hospital Universiti Iskandariah.

Ketika kejadian, mangsa yang baru selesai menunaikan solat Asar di masjid berhampiran, ingin pulang ke rumah. Ketika melintasi hadapan rumah penjaga bangunan, tong gas di rumah tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter. Mangsa yang masih sedarkan diri ketika itu, berlari ke luar sambil menjerit memanggil teman serumahnya, Muaz bin Soleh yang ketika itu dalam perjalanan ke kafeteria berinternet. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Mustapha Kamal. Namun, disebabkan peralatan perubatan yang tidak mencukupi, beliau terpaksa dikejarkan pula ke Hospital Universiti Iskandariah. Akibat kejadian, mangsa melecur teruk di seluruh badan terutama di pipi kiri dan kedua-dua belah tangan. Mangsa sekarang berada dalam keadaan stabil namun akan dikuarantinkan selama 10 hari di burn centre unit untuk mengelakkan jangkitan kuman. Keluarga mangsa telah dimaklumkan pagi tadi.

Ekoran daripada itu, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Profesor Madya Dr. Jamil bin Hasyim telah melawat mangsa dan dibenarkan masuk ke burn centre unit ditemani seorang pelajar Malaysia yang juga rakan mangsa. Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir) melalui wakilnya, saudara Mus’ab bin Norkefli telah menyampaikan ucapan takziah dan sumbangan kepada rakan mangsa sebagai mewakili mangsa.

Selain mangsa, isteri penjaga bangunan beserta 3 anaknya dan seorang warga Mesir yang berada di tempat kejadian ketika itu turut mengalami kecederaan parah.

4 Responses

  1. Inna lillahi wa innaa ilaihi roji’oon…

    semoga saudara Zulhilmi sentiasa diberi kekuatan oleh Allah s.w.t dlm melalui ujian yg menimpa dirinya.
    insiden ini mengajak diri kita utk semakin yakin bhwa segala ketentuan itu sememangnya adalah milik Allah s.w.t.DIA-lah yang Maha Menguasai segala urusan.

    wasalam

  2. moga akhi zulhilmi sentiasa b’ade dlm p’lindungan Allah s.w.t. sentiasa. salam takziah utk seluruh ahli beit di mustaffa kamil.

  3. Moga saudara Zulhilmi segera sembuh. Tolong sampaikan salam saya pada beliau.

  4. Alhamdulillah,hari ni akhi zulhilmi da pulang ke rumah,dan pembedahan tissue grafting yg sptutnya djlnkan smlm tlh dibatalkan….buat sesiapa yang ingin dtg menziarahinya,kdtgn antum amat dialu2kan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: