Khas: ISMA-Mesir di MECC ’07

26 November, Kaherah – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan Karnival Kerjaya Timur Tengah (MECC ’07) di sini hari ini. Majlis perasmian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kaherah (CICC) ini dihadiri oleh ribuan pelajar Malaysia di Mesir.

Dalam pada itu, Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Mesir) – (ISMA-Mesir), saudara Muhammad Sabri bin Muda bersama-sama Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir, saudara Nurfaizul bin Nuzam dan Setiausaha ISMA-Mesir, saudara Shuhaib Ar-rumy bin Selamat telah turut sama menyertai karnival tersebut.

Karnival ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya pelajar pengajian Islam tentang potensi dan peluang kerjaya di Malaysia. Karnival ini memberi tumpuan terhadap pasaran kerjaya tempatan khususnya dalam bidang perbankan Islam, hospitaliti dan pendidikan.

Selain itu, karnival ini turut berperanan sebagai platform untuk memaklumkan pencapaian dan kegemilangan Malaysia dalam pelbagai sektor pembangunan negara terutamanya pendidikan. Ini penting untuk membuka mata warga mahasiswa di sini kepada perlunya melengkapkan nilai tambah pada diri sebagai menghadapi persaingan kerjaya yang semakin sengit.

Pengerusi ISMA-Mesir, saudara Sabri ketika diminta mengulas mengenai karnival ini berkata, karnival seperti ini cukup bermanfaat terutama kepada warga penuntut bagi membantu mereka mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya yang penuh cabaran.

Diharapkan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 ini berjaya mencapai matlamat untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat serta potensi warga penuntut di Mesir ini untuk disesuaikan dengan permintaan sumber modal insan syarikat-syarikat yang berkaitan.

Sekitar Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007



3 Responses

  1. ~peluang semakin luas & terbuka…sama-sama kita tingkatkan potensi diri utk mencurahkan manfaat kpd masyarakat & negara tercinta,Malaysia

    -teruskan berjalan….langkah masih di permulaan

  2. ..::.. Rabbuna Ma’akum ..::..

  3. الحمدلله وكفى والصلاة والسلام على حبيبنا المصطفى وعلى اله وصحبه ومن اهتدى بسنته الى يوم لا ريب فيه

    [ Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). ] Al Munafiqun: 8

    Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam serta selawat dan salam kepada junjungan besar kita Muhammad S.A.W kerana pada saat dan hari yang penuh bermakna ini kita masih lagi dapat bertahan dan meneruskan matlamat kita..

    khairan insyaAllah!!! Allah maakum ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: