Berita Semasa: Palestin Dan Annapolis 2007

Image Hosted by ImageShack.us

“Sidang Damai” isu Palestin di Annapolis sedang berjalan sekarang. Israel melalui Gerakan Zionis Antarabangsa menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia termasuk Amerika, Eropah, Rusia dan banyak negara-negara lain. Israel dan Amerika yang telah sampai ke tahap tersebut boleh memeteri apa sahaja perjanjian tetapi tidak perlu atau tidak boleh dipaksa melaksanakannya. Perlaksanaan memerlukan penguatkuasaan, sedang penguatkuasaan rasmi PBB di dunia hari ini milik mereka melalui Kuasa Veto. Oleh kerana itu Perjanjian Oslo, Perjanjian London, Perjanjian Madrid dan lain-lain yang dimeterai oleh Yasser Arafat dengan Shamir, Rabin, Netanyahu, Peres dan perdana-perdana menteri Israel yang lain kesemua menjadi bahan ketawa mereka di balik tabir. Yaser Arafat melaksanakannya, namun Yahudi tidak perlu melaksanakannya bahkan tidak berhasrat pun untuk melaksanakannya. Amerika, Rusia dan lain-lain Kuasa-kuasa Besar yang kononnya “barisan Penaung” “sidang-sidang damai” akan tersenyum berpeluk tubuh melihat Palestin menagih-nagih perlaksanaan keputusan “Sidang-sidang Damai”. Gula-gula atau resolusi-resolusi yang sering dijanjikan adalah seperti “Negara Palestin”, “Jerusalem ibu negara Palestin”, belanjawan, hak sana, hak sini dan sebagainya.

Sekali-kali tidak akan mereka laksanakan. Bahkan Israel, Amerika, CNN dan lain-lain terus komited memanggil Kerajaan Palestin(sepatutnya) hanya dengan istilah “The Palestinian Authority” atau pihak berkuasa rakyat Palestin. Hakikat badan dan peranannya ialah satu pasukan polis yang mesti mematahkan sebarang cubaan mengganggu penduduk Yahudi dan membanteras gerakan-gerakan memerdekakan Palestin Yang Dijajah. Penegakkan negara “Israel Raya” dari Sungai Nil ke Sungai Furat mesti ditegakkan segera di atas runtuhan negara-negara Palestin, Mesir, Saudi, Jordan, Syria dan Iraq. Ini kaedah umum dan dasar yang dipakai oleh New World Order (Susunan Baru Dunia) pada hari ini.

Masa sangat penting pada umat Islam maupun pada musuh-musuhnya. Israel perlu masa untuk meyahudikan Palestin melalui projek membina taman-taman perumahan baru (Jewish Settlements), menyerikkan umat Palestin supaya mereka berhijrah ke negara lain, memiskinkan mereka supaya tidak mampu bangun melawan dan sebagainya.

Adapun taktik-taktik kecilan untuk membeli masa.yang sering digunapakai oleh Israel dan Amerika ialah “Sidang Damai Penutup”. Maknanya sidang damai yang dilakukan di akhir tempoh seorang presiden atau perdana menteri yang mana selepas dia bersara, dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan persidangan tersebut, jauh sekali untuk memastikan perlaksanaan atau penguatkuasaan keputusan-keputusan persidangan. Begitu banyak contoh dapat dilihat, di antaranya ialah sidang Clinton (US) – Peres (Israel) – Yaser Arafat (Palestin) yang dimungkiri oleh Israel tetapi Clinton yang telah pun bersara tidak dapat berbuat apa-apa. Begitu juga sidang Clinton (US) – Rabin (Israel) – Yaser Arafat (Palestin) yang dimungkiri Israel tetapi Rabin telah tewas di tangan Netanyahu yang tidak mahu melaksanakan apa jua bentuk resolusi. Kali ini sidang Bush (US) – Olmert (Israel) – Ketua atau wakil Arab yang akan menyaksikan kemungkiran semua bentuk resolusi dan Bush hanya mampu memerhatikan sahaja sebab dia juga akan bersara selepas 14 bulan nanti.

Justeru, kenapa masih perlu diadakan persidangan? “Sidang Damai” pada Israel, Amerika, Eropah dan Rusia hanyalah janji manis umpama tawaran gula-gula “Negara Palestin”, “pulangkan balik Tebing Barat dan Gaza yang dijajah pada tahun 1967”, belanjawan bilion dan ratusan juta Dollar Amerika dan lain-lain dengan syarat semua pihak berjanji untuk membanteras HAMAS, Jihad Islami, Batalion Syuhada’ Al-Aqsa dan semua bentuk gerakan memerdekakan Palestin dan mengacaubilaukan keamanan penduduk Yahudi. Apa yang berlaku, perlaksanaan membanteras ini mesti dilakukan sebaik apa-apa Sidang Damai tamat untuk beberapa bulan atau tahun. Ramai pejuang dan aktivis ditangkap atau dibunuh, senjata dirampas, maklumat dan rahsia disalurkan kepada Israel dan akhirnya, Israel memungkiri janjinya kerana tidak berpuas hati pelaksanaan di pihak Arab kerana setelah beberapa tahun, masih ada penentangan di sana sini. Dengan kata lain, sebaik Sidang Damai Annapolis hari ini selesai, umat Palestin akan lebih merana dizalimi oleh semua pihak selama 14 bulan Bush memerintah dan begitulah juga tahun-tahun seterusnyanya. Selepas itu, kita akan dihidangkan sekali lagi dengan jamuan “Sidang Damai” dan susulannya dalam usaha Yahudi membeli masa menuju cita-cita Israel Raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: