Tazkirah: Dunia Kesabaran

Lihatlah sekeliling, anda akan menemui satu dunia yang dibina atas kesabaran. Pernahkah anda terfikir bagaimana proses pertukaran siang dan malam boleh berlaku dengan penuh teratur sekiranya bulan dan matahari saling berebut untuk mendahului antara satu sama lain? Tetapi masing-masing bersabar dan mengikut edaran yang ditetapkan. 
 
لاالشمس ينبغى لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل فى فلك يسبحون
سورة يس :
 40

Jauh di penghujung bumi, di benua antartika, kelihatan sekumpulan penguin. Berpuluh ekor penguin jantan itu sedang menunggu ketibaan pasangan masing-masing yang pergi memburu, sementara mereka ditugaskan menjaga anak masing-masing. Tempoh penantian mereka bukannya beberapa jam, atau sehari dua, tetapi beberapa minggu lamanya. Mereka telah menunggu selama sebulan tanpa makan dan minum, dan mereka akan terus menunggu, dengan penuh kesabaran sehingga sembilan minggu lamanya. 

Sedar tak sedar, inilah dunia yang kita sedang hidup di dalamnya. Semua penghuninya menjalani hidup dan peranan masing-masing dengan penuh kesabaran, untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan alam.

Makhluk yang tidak sabar.

Namun di sana ada satu makhluk yang menggugat ketenteraman dan keharmonian alam ini. Makhluk yang bernama manusia. Manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan inilah yang paling kurang kesabarannya. Kita semua mempunyai cita-cita yang tinggi dan semangat yang membara untuk mencapai matlamat masing-masing, tetapi mengapa ramai yang tersungkur di tengah jalan dan akhirnya gagal dalam perjuangan masing-masing? Semuanya disebabkan kegagalan kita dalam aspek kesabaran.

Dari sekecil-kecil perkara seperti pergi kuliah, hingga sebesar-besar perkara seperti amar makruf nahi mungkar, “malaslah, jauh, bas sesak……ishh, lecehlah bukannya diorang makan saman,” kita memberi alasan.

Kesabaran rahsia kejayaan.

Kesabaran adalah rahsia kejayaan manusia dari dulu sehingga sekarang.
Thomas Edison, pencipta mentol telah melakukan 3000 uji kaji sebelum menemui bahan paling sesui untuk dijadikan filamen mentol. Beliau tidak pernah hilang kesabaran setiap kali uji kaji beliau gagal, bahkan berkata, “aku telah mempelajari bagaimana untuk tidak membuat mentol”.

Inilah sunnah alam yang ditetapkan oleh Penciptanya, Allah (swt).
Tidak kira siapa, islam atau kafir, pandai atau tidak, barangsiapa berusaha dan bersabar, Allah akan mengurniakannya kejayaan dalam perjuangannya.
Hakikat inilah yang kita,umat Islam, lupa. Akhirnya kekuasaan dan kejayaan diserahkan kepada orang kafir, kerana merekalah yang lebih layak untuk mendapatnya.

Kesabaran dalam Islam.

Sabar adalah sifat terpuji yang sangat dituntut oleh Islam.
يأيها الذين ءامنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
 سورة البقرة :
143

Bagi mereka yang bersabar, dijanjikan ganjaran yang besar…
إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب
 سورة الزمر :
10

… dan Allah bersama orang yang bersabar.
والله مع الصابرين
سورة ال عمران :
146

Para sahabat dan para tabi’in (ra) memahami hakikat ini dengan sepenuhnya. Mereka mempunyai cita-cita yang tinggi, dan mereka lengkapkan usaha mereka dengan kesabaran dan tawakkal. Akhirnya Allah mengiktiraf mereka dan menjadikan mereka generasi terbaik sepanjang sejarah manusia. Tidak pernah muncul begitu ramai tokoh-tokoh dalam satu ketika, yang kalau hendak dicari pada zaman sekarang, mungkin seorang dua sahaja yang akan ditemui. Tidak pernah berlaku perkembangan ilmu yang begitu pesat dan luas. Dan dunia tidak pernah merasai kemakmuran dan keadilan sebagaimana yang dikecapi dibawah pemerintahan generasi tersebut.

Kisah Nabi Yusuf (as).

Nabi Yusuf (as) telah diuji dengan dua ujian besar. Yang pertama, ialah apabila beliau dicampakkan ke dalam perigi oleh abang-abang beliau sendiri. Dan yang kedua, adalah ujian berupa godaan oleh isteri tuannya, Zulaikha untuk melakukan maksiat. Dalam kedua-dua peristiwa tersebut, Nabi Yusuf (as) telah menunjukkan kesabaran yang tinggi, dan akhirnya Allah memelihara beliau, dan memberi kejayaan kepada beliau.
Dari kisah tersebut, kita dapat membahagi kesabaran kepada dua jenis;

1) Sabar apabila ditimpa musibah.
2) Sabar dalam melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat.

Kebanyakan dari kita mampu untuk bersabar apabila ditimpa musibah, tapi ramai dari kita yang tewas berdepan maksiat. Dan sebenarnya bersabar dari melakukan maksiat lebih susah dan lebih tinggi nilainya, kerana apabila kita ditimpa musibah, dengan jelas ianya dilihat sebagai ujian dan tiada pilihan untuk kita melainkan bersabar, manakala dalam melakukan maksiat, pilihannya ditangan kita, samada nak buat atau tidak, dan jarang kita sedar bahawa maksiat ini juga adalah salah satu bentuk ujian dari Allah (swt).

Oleh itu, kesabaran Nabi Yusuf (as) ketika digoda oleh Zulaikha, dalam keadaan beliau adalah seorang remaja, ditambah dengan kecantikan Zulaikha yang juga merupakan tuannya, adalah lebih susah dan lebih tinggi, daripada kesabaran beliau ketika dalam perigi, di mana tiada pilihan untuk beliau kecuali bersabar dan menunggu.

Sekarang kita.

Generasi yang lalu mempunyai azam yang kuat dan kesabaran yang tinggi. Inilah rahsia kejayaan mereka. Rahsia yang telah hilang pada umat kini, dan yang membezakan antara kita dengan mereka. Seandainya kita mampu untuk memperbaiki dua aspek ini apa lagi yang menghalang kita dari mencapai kejayaan? Sejarah kita yang gemilang sedang menanti untuk diulangi. Generasi yang lalu telah membuktikan, dan kini tibalah giliran kita.

Sabarlah dalam melakukan ketaatan, moga-moga mendapat istiqomah dan kelazatan ibadah.

Sabarlah dalam melawan nafsu, mudah-mudahan mendapat kejayaan dan kelazatan iman.

7 Responses

  1. ~artikel yg benar2 mengajak kita muhasabah diri sbg mukmin yg benar pd imannya dgn Allah..sifat sabr antara tandanya.

    syukran kpd redaksi!!

  2. uijan tetap akan datang silih brganti….kesabaran rahsia segalanya.
    moga kita dlm golongan mereka yg sabar

    ya sobuur.

  3. bile matahari terik…
    mata kita silau lagi sakit
    kadang2 bile tahan gak
    terkenyit2 mata bengkak
    tertahan2 nak try bukak

    tapi bile pakai sunglass
    pandangan kembali jelas
    terik hilang sekali ngan panas
    jalan sebelah mata pon pass

    sebab tu kite kene ade
    sebab memang kene gune
    kalau tak,jalan tak kemane
    asyik nak hadang2 kepale
    nak pandang guane
    asyik toleh belakang aje

    ~sabar adalah cermin mata gelap
    bile terik matahari adalah penyentap
    kalau la nak terus jalan n berdiri tegap
    kalau tak.. halang mata kejap kejap

  4. very nice article. Allah maak

  5. BUAT HELWAISMA MESIR, Tahniah diatas kesabaran & kegigihan kalian dalam perjuangan, semuga Allah menerima segala amalan kita semua sebagai amal soleh

  6. Sabda Rasulullah s.a.w.

    “As-Sobru Dhiya’ ”

    sifat sabar itu adalah salah satu ‘toriq” untuk kita menuju kepada kejayaan di dunia mahupun diakhirat.

  7. artikel ni sungguh buat org muhasabah diri…syukran…tpi sabar memang mudah untuk dungkapkan …tapi amat payah utk diterjemahkan dlm kehidupan….tapi sapa yg dapat bersabar
    allah firman”فبشر الصابرين” dan merekalah org yg dapat petunjuk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: