Berita Semasa: Ketua Perhubungan ISMA Perak dalam ICU

Image Hosted by ImageShack.us

20 Disember, Taiping – Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak Ustaz Fazlan Shahidi (gambar) dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU), Hospital Besar Taiping hari ini selepas cedera parah di muka dan kepala ekoran kemalangan jalan raya melibatkan seekor lembu di Kampung Ulu Sepetang beberapa kilometer dari rumah beliau di Batu Kurau.

Mengikut sumber keluarga mangsa, Ustaz Fazlan bersama isteri dan lima anaknya berlanggar dengan seekor lembu yang berkeliaran diatas jalan kira-kira jam 10.30 malam dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di daerah Selama.

Kereta Honda Accord yang dipandu Ustaz Fazlan tidak dapat dikawal apabila lembu tersebut tiba-tiba muncul di satu selekoh dalam jarak yang terlalu dekat.

Kepala lembu tersebut dikatakan menghempap bahagian depan cermin kereta mengenai tepat pada muka Ustaz Fazlan menyebabkan tulang hidung dan dua tulang rahang beliau patah dan pendarahan pada bahagian otak.

Kami dapati ada tanduk lembu yang tercabut dalam kereta beliau, jelas Ustaz Zul, adik ipar kepada Ustaz Fazlan.

Mengikut sumber Hospital Taiping beliau sedang menerima rawatan penstabilan untuk mengurangkan bengkak pada otak sebelum menjalani pembedahan seterusnya.

Isteri dan anak-anak beliau walaubagaimana pun hanya cedera ringan. Abidah, anak sulong mangsa yang satu-satunya sedar masa kejadian berlaku masih berada dalam keadaan trauma.

ISMA-Mesir mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Fazlan dan mendoakan agar beliau dan keluarga kembali pulih . Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau sekeluarga dalam menghadapi ujian ini.

5 Responses

  1. ” Ya Allah, engkau sembuhkanlah Hamba-Mu ini ya Allah, Sesungguhnya ya Allah masih ramai manusia di luar sane yang memerlukan sentuhan dakwah dan tarbiah beliau ya Allah ”

    – Saya secara peribadi mengenali beliau, beliau merupakan seorang Ustaz, Daie, Murabbi yang benar2 juhud dlm berdakwah daN Mentarbiah manusia… sekali nampak seolah2 orang biase, namun sentuhan kalam beliau amat basah… menyentuh perasaan

    – Kepada ustazah, tabahkan hati, Allah tidak akan menzalimi hamba2-Nya walau sedikit

    Kaherah
    1.00 pm

  2. info terbaru yg ana dapat..

    ust dlm kedaan stabil dan esok baru scan bahagian kepala.

    moga Allah mempermudahkan segala urusan.
    khoir insyaAllah

  3. SEMOGA USTAZAH SEKELUARGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH SW.T.SYAFAHUMULLAH WA ‘AFAHUMULLAH…AMIN

  4. allahumma anta asysyafi la syifaan illa syifauka syifaan layughadiru tsaqama

    sembuh dari sakit
    teguh selepas sakit

    allahumma amiin

  5. Semoga sembuh dan mampu terus berkhidmat utk agama dan bangsa.ameen ya rabb, rahmaaka ya rabb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: