Tazkirah: Menghadapi Tekanan Peperiksaan

Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul.

Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.

Begitu juga tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif. Bayangkan anda berada dalam linkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang.

Selain itu, tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat. Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keserabutan dalam pemikiran pelajar. Dalam keadaan ini , seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan- bunuh diri.  

Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang- putus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan.

Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru, Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa. Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.

Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita bersama-sama redha dari Yang Esa.    

10 Responses

  1. UNTUK IKHWAH DAN AKHAWAT MESIR ADU’KUM BITAWIQ WANNAJAH, BUAT YANG TERBAIK

  2. ”Fa izaa ‘azamta…fatawakkal ‘ala-Allah”

    -azam kadang2 boleh bertukar jd angan2,jika salah satu drpd 2 rukunnya tiada,iaitu niat & kesungguhan.mari kita renung2 kan bersama…

    ~redha Allah hanya bersama selama mana kita berusaha mendapatkan cinta-Nya…

    gambatte

  3. khas utk ikhwah akhawat mesir~
    maa taufiq wannagah..
    pulun habis2.do the best
    kejaayan kita utk kegemilangan ISLAM

  4. semuanya takkan jadi kalau hanya dengan angan-angan sahaja…berusahalah semua..

  5. salam…

    Buat semua sahabat UNITI yang imtihan bulan ni, ana doakan semua najah. usaha,sabar, doa dan tawaqal…

  6. satu ujian diselangi dgn kesabaran
    kesenangan dgn kesyukuran
    apa pun natijah mengharapkan redha ALLAH TAALA….
    selamat berjuang untuk kemaslahatan bersama….
    salam imtihan…..

  7. “Man jadda wajada”

  8. itulah erti kehidupan

    kalian harus lebih bersedia kerana ujian mendatang akan lebih mencabar.

    salam perjuangan

    isman9

  9. وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن
    ذلك من عزم الأمو

    “dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)”

  10. yakin pada diri sendiri…merupakakan kunci utama menghadapi peperiksaan. apa yang lebih penting kita mesti berani menerima sebarang keputusan yang mendatang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: