Peranan Daie dalam Isu di Ghaza

Seorang daie kepada Allah adalah umpama jantung yang hidup bagi umat Islam, yang bergerak dan menggerakkan umat demi menangani isu-isu yang mereka hadapi, juga menyedarkan mereka tentang perancangan jahat musuh terhadap mereka. Bahkan lebih daripada itu, dia juga berperanan sebagai ketua didalam perjuangan mereka.

Oleh itu, dakwah kepada Allah tidaklah terbatas kepada ibadat sahaja bahkan ia juga merangkumi seluruh isu-isu umat Islam. Ia juga merupakan tunjang di dalam berdakwah kepada Allah. Justeru, tidak sepatutnya seorang daie berlepas tangan daripada menangani isu-isu umat yang akan menentukan masa depan mereka serta menyedarkan manusia seluruhnya (tanpa mengira sesiapa) tentang perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada mereka. Dia harus memimpin mereka menuju keredhaan Allah (swt).

Boleh saya katakan bahawa di antara perkara yang paling wajib pada waktu ini ialah membantu saudara-saudara mujahidin kita di Ghaza. Justeru, tidak seharusnya seorang daie meletakkan dirinya pada fahaman Islam yang sempit seperti ibadat dan muamalat sahaja dan tidak mempedulikan isu-isu semasa umatnya. Bahkan menjadi kewajipannya untuk sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa umat Islam dengan penuh kesedaran terhadap setiap perkara yang berkaitan dengannya. Dia seharusnya mengetahui hakikat sebenar disebalik setiap perkara yang berlaku.

Para du’at juga berperanan untuk memberi kesedaran kepada umat supaya menentang penjajah dengan menjelaskan bahawa ianya dituntut oleh Islam dengan memberi contoh-contoh daripada sirah Nabi dan para sahabat juga daripada sejarah umat Islam seluruhnya. Dia harus menerangkan pandangan Islam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penjajahan dan apakah persediaan dan peranan kita di dalam menangani masalah tersebut.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Ghaza seperti pengeboman dan pembunuhan saudara-saudara kita memerlukan renungan yang serius daripada para du’at yang ikhlas. Ia juga menuntut mereka supaya menjelaskan kepada umat bahawa ia merupakan isu akidah yang paling utama bagi kita sebagai orang-orang Islam. Mengambil berat tentang isu-isu ini adalah dikira sebagai ibadah yang dijajikan ganjaran yang sangat besar oleh Allah (swt). Sesungguhnya apa yang berlaku di bumi Ghaza sekarang daripada usaha-usaha yang gigih untuk melemahkan para mujahidin dan mengalahkan mereka merupakan fenomena yang jelas terhadap perancangan-perancangan jahat Yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menggagalkan kebangkitan Islam seluruhnya.

Boleh saya simpulkan bahawa peranan para du’at terhadap isu ini ialah seperti berikut :-

Pertama : Menjelaskan hakikat perkara yang berlaku sekarang yang sebenarnya merupakan isu akidah.

Kita meyakini bahawa AlQuds adalah tanah suci dan tanah waqaf milik kita dan tidak harus bagi seseorang pun daripada umat islam untuk berundur daripadanya walaupun sejengkal. Kita mempercayai bahawa dengan menguasai Palestin kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaannya. Kita tidak mengharapkan sedikit pun daripada kepentingan duniawi yang sementara.

Kedua : Menerangkan kepentingan bantuan kewangan dan motivasi.

Para du’at hendaklah menjelaskan ganjaran dan kedudukan infaq dan kepentingan mengerahkan segala tenaga, usaha, dan harta untuk membantu ahli keluarga kita di Ghaza sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah. Mereka harus menganggap bahawa semua itu adalah sebahagian daripada jihad dengan harta. Kita hendaklah menyeru dan memberi galakan kepada saudara-saudara kita yang lain supaya mereka sama-sama menyumbang di jalan Allah. Para du’at hendaklah menerangkan kepada umat tentang kepentingan sokongan dalaman bagi saudara-saudara kita di Palestin dengan membuktikan bahawa mereka bukanlah bersendiri di dalam memusuhi Yahudi, tetapi sebenarnya kita bersama dengan mereka. Ini semua dapat dilakukan dengan membantu mereka dengan menggunakan segala wasilah yang dimiliki berdasarkan kemampuan kita.

Ketiga : Mewariskan hakikat-hakikat isu Palestin kepada setiap lapisan masyarakat.

Kita harus menjelaskan kepentingan mengetahui seluruh hakikat-hakikat isu Palestin bagi setiap lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak supaya mereka membesar dengan kefahaman tersebut dan supaya mereka merasai hak mereka terhadap bumi suci ini. Ini bertujuan supaya isu ini tidak luput daripada pegangan generasi masa hadapan dengan berlalunya masa kerana ia merupakan satu perkara yang diimpikan oleh Yahudi.

Keempat : Menggalakkan manusia supaya menyumbang dan berkorban.

Sumbangan ini samada dengan harta, waktu mahupun tenaga. Kita harus menerangkan bahawa sumbangan ini merupakan usaha yang paling sedikit yang mampu dilakukan untuk membantu para Mujahidin serta menjelaskan kelebihan menyumbang, berkorban dan membantu orang Islam yang lain.

Kelima : Menjadikan masjid sebagai menara-menara ilmu.

Iaitu dengan mengadakan kelas-kelas pengajian, pameran dan sebagainya dan menggunakan dewan-dewan organisasi, kelab, dan badan-badan tertentu untuk mempamerkan gambar-gambar dan video-video tentang apa yang berlaku di Ghaza daripada pengeboman, pencerobohan dan seumpamanya. Selain itu, kita harus mengatur persidangan-persidangan untuk membincangkan tentang apa yang patut dilakukan dan apakah peluang-peluang yang ada untuk menambah kesedaran umat tentang krisis yang sedang melanda.

Keenam : Menanam sikap kesungguhan dan positif di dalam jiwa.

Iaitu dengan menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk menentukan apakah peranannya di dalam membantu saudara-saudara di Palestin berdasarkan kemampuannya. Ini bertujuan supaya dia dapat memberikan alasan apabila ditanya dihadapan Allah kelak. Ini kerana tanggungjawab tersebut merupakan tanggungjawab setiap individu. Menjadi kewajiban kita untuk berusaha sedaya upaya di dalam menangani isu ini sehinggalah ia menjadi kesibukan kita.

Ketujuh : Menjelaskan kepentingan isu Palestin.

Hendaklah kita menjelaskan kepada masyarakat umum bahawa isu Palestin merupakan titik permulaan di dalam meneruskan agenda dongeng Yahudi “Israel Alkubra”. Dan orang-orang yahudi tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menjadi pendokong kesejahteraan dan keamanan. Ianya terbukti dengan jelas di dalam sejarah sejak mereka membunuh para nabi di zaman lampau sehinggalah mereka membunuh kanak-kanak, wanita dan pesakit-pesakit di zaman ini.

Kelapan : Menekankan kepentingan tarbiyah iman.

Kita harus menekankan pentarbiyahan individu supaya dia mampu menjaga ibadat dan adab-adab Islam dan menjelaskan bahawa kecacatan berpunca daripada diri kita sendiri sebelum ianya datang dari luar. Demikian juga kita harus menerangkan kepelbagaian jenis-jenis jihad yang mana ianya tidak terbatas kepada satu peranan sahaja. Kita tidak sepatutnya memperkecilkan peranan kita sebagai saudara seislam iaitu berdoa untuk saudara-saudara yang ditindas, qiamullail dan seumpamanya. Umat harus ditarbiyah supaya menjauhi segala sebab-sebab kelemahan yang menghalang kemaraan untuk menentang musuh seperti kelemahan keinginan, produk, jiwa (takut dan bakhil). Mereka harus merasa bangga dengan Islam.

Kesembilan : Mengembalikan kepercayaan umat kepada diri mereka secara individu atau jemaah.

Para du’at berperanan mengembalikan kemampuan umat menghadapi pelbagai jenis kesusahan, cabaran dan ugutan dan menggilap keupayaan mereka melawan perasaan putus asa yang mungkin akan menguasai mereka disebabkan oleh kekuatan musuh. Mereka harus yakin dengan bantuan Allah sekiranya mereka merealisasikan sebab-sebab bagi pertolongan Allah. Allah berfirman :

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنْ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمْ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنْ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمْ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيم(111 :التوبة)
وقال سبحانه: ﴿وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ) (الروم: من الآية 47)
وقال:﴿حَتَّى إِذَا اسْتَيْئَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا) (يوسف: من الآية 109)
وقال تعالى } :كَتَبَ اللَّهُ لأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ) (المجادلة 21:)

Kesepuluh : Menggunakan senjata boikot.

Kita perlu sentiasa memberi peringatan kepada umat tentang kepentingan memboikot barangan-barangan musuh serta menjelaskan bahawa memboikot barangan musuh dikira sebagai satu ibadah yang mampu mendekatkan diri kepada Allah. Juga tidak memperkecilkan amalan tersebut walaupun dengan memboikot barangan yang kecil dan sedikit.

8 Responses

  1. Marilah kita sama2 memboikot barangan musuh islam dan menginfaqkan sbhgian harta kita ke jalan Allah..takkan hilang islam di Palestin Allahu akbar!!

  2. usaha macam mane usaha mula Rasulullah buat pada awal islam perlu dibuat… usaha atas hati manusia..
    kebesaran Allah mau ade dlm setiap orang muslim..
    hari2 mau nafikan makhluk dan besarkan Allah.
    hari2 mau cakap dan mau dengar.
    pengorbanan diri dan harta perlu dibuat..
    bukan pengorbanan diri shj dan bukan pengorbanan harta shj. kedua-duanya perlu disekalikan.
    mau buat pengorbanan macam sahabat..
    contoh terbaik mau letak hanya Rasullulah,sahabat2 dan orang yang ikut jalan hidup mereka .

  3. Doa kita semua ikhwahhh… ia adalah merupakan panah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Disaat manusia lain lena dibuai mimpi indah… berdoa dan mengadulah kepada Allah agar ikhwanuna fii filastiin mendapat rahmat dan kasih sayang Allah… Allahumma J’alna minal mustaghfiriina bil ashaar… Allaahummansur ikhwananal mukminiina wal mujaahidiina fii kulli makaan….

  4. org2 mukmin bersaudara…Rasul SAW sendiri dah ajr org mukmin ini spt binaan yg saling kuat menguatkan dan saling bantu2 membantu dats kebaikan dan taqwa…tak dpat tidak utk binaa kekuatan mesti ikut manhaj ni…ush & masa mesti diberi..dua’h mesti mainkan peranan segala kewajipn & tugas yg ada xdpt dipikul hnya dgn gerak sendiri…pendek kata,ikhwah semua tak dapt bina kekuatan tanpa ikhwah yg lain..jd mcm ne ikhwah d ghaza nak bina kekuatan?dan mcm ne pula ikhwah sendiri nak bina kekuatan tanpa ikhwah2 yg ln & ikhwah2 di Falestine?sebenarnya inilah kita semua(mukmin)…penuh dgn peranan dan tangungjawab…jom kita boikot dan kumpul dana utk ikhwah2 kita di falestine dan sertai doa2 kita dipenghung solah dan munajat utk ikhwah2 kita di sana…

  5. salam,

    think globally and act locally

    sama2 kita bincang, fikir dan doa. lepas tu kita sama2 buat di lokaliti kita insya allah

    salam perjuangan

    isma n9

  6. DOA, DERMA, BOIKOT, BERITAHU

    i have this 2d 2b…

  7. Kita sama2 usaha dan doa untuk saudara kita insyaAllah.

  8. وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن
    ذلك من عزم الأمو

    “dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)”

    Allah maakum..

    kuatkn semangat jihadmu ikhwah dan akhawat,pereratkan hubungan hati dgn Allah..

    -SANAA,yemen-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: