Berita: Majlis Perkahwinan Setiausaha ISMA-Mesir

ISMA-Mesir buat julung kalinya meraikan pernikahan sulung ahlinya semalam. Majlis pernikahan antara saudara Shuhaib Ar-rumy bin Selamat, Setiausaha ISMA-Mesir dengan saudari Uswah Hasanah bt Haji Abdul Halim, puteri sulung Naib Presiden I ISMA Pusat ini diraikan dalam dua majlis berasingan iaitu di Dewan Griya Jawa Tengah, Kaherah bagi lelaki sementara bagi perempuan di Dewan Jawa Timur, Kaherah. Kedua-dua majlis dihadiri masing-masing 300 tetamu bagi majlis lelaki sementara majlis perempuan 400 tetamu. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang wakil ABIM-Mesir.

 Kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabulkan dua minggu sebelum majlis perkahwinan iaitu pada 1 Februari 2008 dalam satu majlis akad nikah yang disambut sederhana bertempat di Dewan Masjid As-Salam, Hayyu ‘Ashir, Kaherah. Majlis akad nikah tersebut telah disempurnakan oleh pegawai dari Pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir.

ISMA-Mesir mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga Allah (swt) melimpahkan rahmat dan barakah-Nya dan menyatukan kedua-dua pengantin dalam kebaikan.

6 Responses

  1. Baarakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair.

    Wa baarakallahu fikum jami’an.

    Abu & Ummu Uswah & Khairah,
    Seremban, N9.

  2. tahniah sheikh shuhaib+uswah….agaknya bila pula turn sheikh salman al-farisi =)

  3. Semoga perkahwinan yang dibina membakar semangat meneruskan agenda ummah. Tahniah akhi!

  4. Barakallahu lakuma..

  5. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمعا بينكما في خير!! الف مبروك يااخت…

  6. ingat lagi ana?ada bahan dan gambar atau kip video hantar pada ana, untuk dakwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: