Tazkirah: Mempelajari Hati

 

Hati merupakan bahagian manusia yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh aqal semata-mata. Dengan aqal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan ‘mengajar’nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil.

 Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap ‘perkenalan’nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut. Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.

 Sedangkan kaki, tangan, mulut, jari-jemari, lutut, siku, sendi-sendi dan semua anggota hanyalah hamba kepada hati, dan berkhidmat kepadanya, seperti seorang raja lagaknya yang memperkhadamkan hamba-hamba abdinya untuk manfaat dirinya.

 Kerana itulah, mana-mana diri sedar yang benar-benar mengenali peranan dan kemampuan hatinya, ia akan benar-benar mengenal Tuhannya. Akan tetapi alangkah pedihnya kerana kebanyakan manusia sebenarnya jahil akan hatinya dan jiwanya, lalu bagaimana pula mengenal Tuhannya. Sedangkan satu hakikat juga bahawa sebenarnya Allahlah yang membatasi seseorang hamba dari hati dan jiwanya sendiri, dan dengan keupayaannya yang Maha Agung dan Maha Halus, Dia mampu menghalang sesiapa pun dari mengenali dan mendekatiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesiapa pun dari hamba-hambaNya selagi mana dia tidak merubah dirinya sendiri. Dan alangkah hebatnya Allah yang Maha Agung, segala-galanya berada di hujung ‘jari’nya, dia menentukan apa sahaja yang dikehendaki dengan tersangat mudah dan enteng.

 Oleh kerana itulah, mempelajari hati dan sifat-sifatnya merupakan sebahagian daripada asas dalam agama, mendalaminya serta tabiat-tabiatnya merupakan asas permulaan perjalanan orang-orang berakhlaq terhadap diri dan Tuhannya.

 Hakikat hati itu, asas fitrahnya sangat terbuka untuk menerima petunjuk yang benar. Ia condong menghindari apa-apa syahwat dan hawa nafsu yang diletakkan ke dalamnya. Pertembungan di antara tentera-tentera malaikat dan tentera-tentera syaitan sentiasa berterusan tiada henti, semata-mata demi menguasai segumpal daging bernama hati. Terbukanya hati ini kepada mana-mana dari dua ini, yang menyebabkan sehingga ia bertapak, seterusnya bermastautin di dalamnya, dan lawannya tidak akan dapat melintasi ke dalam hati ini melainkan secara curi-curi. ((Dari kejahatan was-was yang ditiupkan al-Khannas)) [Surah An-Nas : 4] Kerana itulah, apabila ia sedang mengingati Allah, Khannas akan membuatkan ia was-was dan ragu-ragu. Apabila ia sedang lalai pula, terdetik lintasan-lintasan petunjuk.

 Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu, dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja. Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka, yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka. Tidak ada perisai terbaik untuk hati ini buat menepis serangan tentera-tentera syaitan termasuklah al-Khannas itu tadi melainkan dengan mengingati Allah. Kerana seluruh kesyaitanan dan konco-konconya tiada kekuatan ketika hadirnya zikrulLah menerangi hati.

2 Responses

  1. TAZKIRAH…Hikmat Berdiam Diri

    Manusia berbicara setiap masa. Bicara
    yang baik akan membawa keselamatan dan
    kebaikan kpd manusia. Jika bicara
    tidak mengikut adabnya, manusia akan
    merana di dunia dan di akhirat. Di
    dunia akan dibenci oleh manusia lain
    manakala di akhirat bicara yang
    menyakiti hati org lain akan
    menyebabkan kita terseksa kekal abadi
    di dalam neraka Allah SWT.

    Bagi mereka yg beriman, lidah yg
    dikurniakan oleh Allah itu tidak
    digunakan utk berbicara sesuka hati
    dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk
    mengeluarkan mutiara-mutiara yg
    berhikmah.

    Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
    lidah manusia drp mengucapkan
    perkataan yang sia-sia.

    HIKMAH DIAM
    1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
    2. Perhiasan tanpa berhias.
    3. Kehebatan tanpa kerajaan.
    4. Benteng tanpa pagar.
    5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd
    orang.
    6. Istirehat bagi kedua malaikat
    pencatat amal.
    7. Menutupi segala aib.

    Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan
    diam yg bermaksud:
    * “Barangsiapa yg banyak perkataannya,
    nescaya banyaklah silapnya.
    Barangsiapa yg banyak silapnya,
    nescaya banyaklah dosanya. Dan
    barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya
    neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU
    NAIM )
    * “Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan
    Hari Akhirat, maka hendaklah ia
    berkata yg baik atau diam”. ( RW
    BUKHARI & MUSLIM )
    * “Barangsiapa diam maka ia terlepas
    dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

    Madah Dari Hukama:
    * BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
    BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
    KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG
    CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG
    BODOH YG BANYAK CAKAP.
    * MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK
    SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
    ORANG..
    * KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
    TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU
    MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

    Manusia tidak akan dapat mengalahkan
    syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg
    terbaik ialah diam kalau kita tidak
    dapat bercakap! kearah perkara2 yg
    baik. Bicara yg baik adalah lambang
    hati yang baik dan bersih yang
    bergantung kpd kekuatan iman pada diri
    manusia.

  2. Pereratkan hubungan hati dgn Allah.. insyaAllah!!

    -SANAA,Yaman-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: