Berita: Hari Kesenian & Kebudayaan ISMA-Mesir ’08

Kaherah, 18 Mac. – Seni merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt), selain juga sebagai wasilah untuk menyampaikan mesej pada masyarakat. Atas dasar ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah menganjurkan Hari Kesenian dan Kebudayaan ISMA-Mesir 2008 pada 15 Mac yang lalu. Program yang berlangsung selama sehari ini bertempat di Dewan Griya Jawa Tengah, Hayyu ‘Ashir. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Mohd Sabri bin Muda.

Program yang bertemakan ‘Untukmu Palestin’ ini telah diisi dengan pelbagai acara untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak penganjur. Antara objektif-objektif tersebuat adalah untuk mengetengahkan isu saudara kita di Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah Explorace Seni, Pertandinagan Catur, Pertandingan Nasyid & Pentomen, Pertandingan Sajak & Pidato, Sketch & Draw dan Persembahan Montaj Berkumpulan. Semua peserta memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira menyertai acara-acara yang dipertandingkan dan yang lebih utama kerana berpeluang menyelami kesukaran dan kesusahan saudara seaqidah kita di Palestin.

Program ini dijangka akan menjadi program tahunan ISMA-Mesir dalam usaha melahirkan pemuda-pemuda yang peka dengan isu-isu semasa selain berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Lagi gambar…

One Response

  1. salam, alahai sayangnye tk dpt pi.. insyaAllah khair. Rabbuna yukhallikum, eh..
    salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: