Tazkirah: “Demam Imtihan”

‘Demam imtihan’ kembali melanda warga mahasiswa di Perlembahan Nil ini. Di sana-sini, majoriti dari kita sudah mula bercakap-cakap tentang fatrah imtihan yang makin mendekat dan tidak kurang juga yang mula merancang pelbagai strategi belajar. Namun, apa yang pasti, walau apa pun cara atau strategi, kita sama-sama inginkan kecemerlangan dalam imtihan kali ini. Bagi sahabat-sahabat dalam kuliah perubatan pula, mereka terlebih dahulu telah merasai demam imtihan bagi fasa ini.

Saban tahun, setiap kali menjelangnya fatrah imtihan, kita sering diajak untuk merenung kembali diri masing-masing sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi imtihan yang menjelang. Dan begitu juga saban tahun, kita diajak bermuhasabah tentang kelemahan atau kecuaian kita pada musim imtihan pada tahun sudah. Setiap kali berakhirnya musim imtihan, ramai dari kita yang menaruh azam dan tekad untuk melakukan yang lebih baik dalam fasa imtihan seterusnya. Namun sayang, tidak ramai dari kita yang mampu mengekalkan azam tersebut pada fasa imtihan yang seterusnya.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya kecemerlangan dalam peperiksaan merupakan suatu perkara yang cukup penting dalam diari kehidupan seorang mahasiswa khususnya mahasiswa muslim. Keperluan umat Islam kepada mahasiswa muslim yang cemerlang dari sudut akademik terutamanya dalam bidang pengajian agama merupakan suatu yang bersifat mendesak. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan umat Islam yang tidak keterlaluan jika dikatakan ketinggalan dalam banyak bidang. Peri pentingnya kepada kecemerlangan akademik dapat kita soroti daripada lipatan sirah agung tokoh ilmuwan Islam sendiri. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan banyak lagi tokoh-tokoh cendekiawan muslim cukup dikenali baik dalam dunia Islam mahupun barat. Mereka bukan sahaja faqih dalam ilmu agama, tetapi juga turut menguasai pelbagai ilmu alat yang lain seperti perubatan, kira-kira dan astronomi.

Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi setiap dari kita yang bergelar mahasiswa muslim dalam apa jua bidang untuk mengembalikan keagungan tamadun ilmu kepada dunia Islam. Baginda Ar-Rasul (saw) telah mengajarkan kepada kita melalui sirahnya yang mulia bahawa sesungguhnya umat Islam tidak pernah mengenal erti usaha melainkan bersama-sama usaha itu adanya mujahadah dan kesungguhan. Renungilah peristiwa kesungguhan Nabi (saw) berdakwah di Thaif sehingga baginda dilempar dengan batu, namun untuk baginda berputus asa, tidak sama sekali.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri masing-masing, adakah aku telah bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) telah bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah aku telah merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhanku sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhannya?

Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam.

7 Responses

  1. Bila imtihan selesai ? Selamat maju jaya … orang Bertam ok ke ?

  2. bittaufiq wannajah..moga maju jaya…

  3. bagus artikel ni…dpt bagi kesan kat jiwa ana..nak ucapkan kat ikhwah semua selamat menghadapi imtihan..bittaufiq wannajah..

  4. belajar kerana allah untuk dakwah i.A!

  5. A’kum
    Bi taufik wa najah..
    Cume nk kongsi, bg ana mendalami lebih dari 1 ilmu tanpa hadaf yang jelas bole membebankan amal haq syahadah kite, cendekiawan islam wujud di zaman kejayaan islam, dari segi waqi’ dan pemerhatian secara realiti, tahasus scr daqiq tidak menjadi priority utama paza waqi’ skrg.. fikirknlah..
    same2lah kite berusaha…

  6. Jazakallahu atas perkongsian.
    benar pendapat anta, cuma penulis menyebut beberapa tokoh untuk kita sama2 cuba mengambil pengajaran dari kesungguhan jiddiyyah mereka.
    Wallahua’lam.

  7. Assalam pd sume ikhwah..

    Selamat berimtihan dan moga imtihan ini satu platform utk kita lebih taqarrub pd Allah Taala…
    Ana doakan kejayaan antum sume baik di kaherah mahupun di muhafazah.

    Kantoi disini cuba lg..kantoi di “sana” marana diri…
    Slm ukhuwah dr ku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: