Tazkirah: Monolog Keinsafan

Ketika sedang membasuh pinggan untuk memberi laluan kepada rakan serumahku untuk memasak, aku terdengar suara muazzin bergema melaungkan azan Asar… ketika itu,terdetik di hatiku… alangkah pengasihnya Dia yang mencipta diriku… sudi memanggilku lima kali sehari untuk menghadapNya walau aku seringkali sahaja melupakanNya malah ‘mencabarnya’ dengan maksiat-maksiat yang aku lakukan…hiba rasanya di hati mengenangkan rahimnya Tuhanku… seperti kata-kata seorang pendakwah yang pernah ku dengar…’so close He is, no matter how far you are..’.

Aku bertambah hiba bila terkenang sebuah hadith yang Nabi cerita bahawa Allah turun ke langit dunia setiap malam…hiba dan tersentuh mengenangkan Tuhanku tak jemu-jemu turun setiap malam untuk menawarkan rahmatNya serta keampunanNya kepadaku walaupun aku dan kebanyakan manusia-manusia lain terus tidur setiap malam tanpa tergerak sikitpun untuk bangun. Subhanallah…Kau sentiasa sudi memanggilku 5 kali setiap hari… Kau tak jemu-jemu memanggilku untuk bangun setiap malam untuk Kau tawarkan padaku rahmat dan keampunanMu… walaupun hakikatnya diri ini jarang sekali mengingatiMu malah seringkali pula berbuat maksiat kepadaMu… sungguh Engkau Maha Baik… dan sungguh aku benar-benar zalim terhadap diriku sendiri!

Sedang asyik terkenang kasih Tuhanku, aku tersedar yang aku telah lewat. Lalu aku bergegas mengambil wuduk dan ke masjid. Alhamdulillah, aku sempat solat asar berjemaah. Selesai solat, aku duduk sebentar… di kala itu ku rasakan satu perasaan… perasaan bersalah berbaur cinta terhadap Tuhanku… bersalah kerana aku banyak lari dari manhaj Tuhanku… cinta?? Ya, cinta yang kurasa ia wujud lama di hatiku walau aku sering terleka akan kehadirannya… namun kali ini aku mengaku kalah… aku terasa ia sesuatu yang sangat penting,yang tak wajar aku abaikan kehadirannya… aku terasa yang aku terlalu memerlukan cinta itu untuk hidup dengan lebih tenang dan lebih beerti.

Mungkin ini adalah saat-saat fitrah yang telah lama terkabur dengan maksiat-maksiat itu mulai mendongakkan kepalanya kerana sudah tidak tahan menyelam di lautan maksiat. Saat yang tidak sewajarnya dibiarkan olehku kerana kelak ia mungkin jatuh lemas kembali. Pelik bila aku memikirkannya… bagaimana di saat diri penuh dengan maksiat, boleh juga hatiku ini terasa sentuhan fitrahnya? Di kala kepelikan itu, tergenang sekali lagi air mataku… sesungguhnya itulah Tuhanmu wahai diri… itulah rahmat kasih Tuhanmu… Dialah yang menyentuh hatimu sebenarnya… kerana Dia tidak rela melihatmu terus alpa walau pada hakikatnya hatimu itu terlalu kotor untuk menerima sentuhanNya … ya Allah … Maha Suci Engkau… Maha Benar Engkau tatkala diriMu berfirmanmu:

“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” (2:74)

Ya Allah… sungguh Engkau Maha Sempurna…

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (derhaka)” (57:16)

Bala ya Rabb…telah sampai masanya…ampunkanlah diriku…

Ikkk…Bunyi kuisan pintu oleh siak masjid itu menyedarkan aku. Oh, pakcik siak dah nak tutup masjid rupanya. Aku bagi isyarat ‘istanna’ pada pakcik itu dan menadah tangan berdoa kepadaNya… ya Allah, aku tidak punya selain Engkau, ya Allah tidak ada tempat aku nak lari melainkan kepada Engkau, ya Allah pimpinlah aku… ya Allah ‘pilihlah’ aku dengan rahmat dan kasihMu… Ikhwah dan akhawat, doakanlah diri ini agar dikurniakan hidayahNya…semoga kalian juga dipimpinNya dan dithabatkanNya, amin.

4 Responses

  1. assalamualaikum wbt…artikel yang amat menyentuh hati2 yang membaca…jazakumullah khairan kathira.

  2. Salam,moderator..

    report pasal PMPI tak de ke??tak saba nak bace nih..

  3. wsalam..
    tunggu cd rasmi program di pasaran…
    dh tgk teaser hari tu kn?

  4. Salam nak tnya dlm bulan ni (Julai) apa aktiviti di sana ye lbh2 pelajar cawangan Tanta?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: