Berita: Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah JPMK

Dari kiri: Sdr Muhd Rushdi, Sdr Shuhaib Ar-Rumy, Professor Madya Dr. Jamil,
Sdr Salman Al-Farisi dan Sdr Salman Abd Rahman

8 Sep, Kaherah- Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di sini semalam telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk penuntut-penuntut Malaysia di Kaherah. Majlis yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) itu turut dihadiri oleh beberapa pegawai dari Kedutaan Malaysia di Mesir dan pegawai dari JPMK. Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir) turut bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa tersebut atas jemputan pihak JPMK.


Majlis dimulai dengan ucapan daripada Pengarah JPMK, Professor Madya Dr. Jamil bin Hashim. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para penuntut Malaysia tentang kepentingan modal insan terutama dalam menghadapi persaingan kerjaya pada masa hadapan. Majlis berakhir dengan solat sunat terawih secara berjemaah yang diadakan di surau DMAK diikuti makan ringan (moreh).

Hadir sebagai mewakili ISMA-Mesir, Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat, Setiausaha ISMA-Mesir Saudara Salman Al-Farisi bin Selamat, Saudara Muhd Rushdi Afifi bin Asbullah dan Saudara Salman bin Abd Rahman.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan, Duta Besar Malaysia ke Mesir, TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Kaherah. Majlis yang diadakan di kediaman rasmi TYT Duta Besar ini turut dihadiri beberapa persatuan pelajar di Mesir termasuklah Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir), Angkatan Belia Islam Malaysia-Mesir (ABIM-Mesir) dan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) serta beberapa badan kebajikan anak negeri (BKAN).

One Response

  1. aslmkm….. Ayuh kita Rebut kesempatan meraih ganjaran Ramadhan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: