Berita: Perkampungan 10 Akhir Ramadhan ISMA-Mesir


27hb Sept, Kaherah- Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir telah menganjurkan program Perkampungan 10 Akhir Ramadhan ISMA-Mesir 2008. Program yang bertempat di Pejabat ISMA-Mesir, Kaherah dan Masjid Salam ini merupakan yang kedua seumpamanya. Program pada tahun ini melibatkan 40 orang peserta dengan sebahagiannya merupakan pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang baru tiba di Mesir. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah selain mengeratkan hubungan persaudaraan antara peserta.

Program yang berlangsung selama 7 hari ini bermula pada 10 September 2008 dan berakhir pada pagi 27 September 2008. Sepanjang program, sebahagian besar masa peserta dipenuhkan dengan beriktikaf, solat terawih dan qiamullail (solat malam) di Masjid Salam. Selain itu, masa senggang juga turut diisi dengan slot pengisian oleh ahli jawatankuasa program.

Rata-rata peserta menyatakan rasa gembira dengan program-program yang diatur terutama bagi peserta yang baru pertama kali menjalani ibadah di bulan Ramadan di Mesir. Semoga program ini dan program-program yang seumpamanya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Lagi gambar…

3 Responses

  1. Beriman lah kepada Allah.Ameen

  2. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari INIALANKU. Mohon segera foto-foto berhari raya di Mesir, Syawal 2008 lalu, untuk dimuatkan di dalam blog INIJALANKU. Rasanya paling terkini ialah foto-foto 10 Malam Terakhir Ramadan jer.

  3. assalamualaikum ,anak-anak ikhwah n akhawat yg dikasihi .melayari aktiviti kalian di sana amat menyentuh hati, membuatkan ummi menitiskan air mata gembira dan syukur yang tidak terhingga terhadap Allah di atas usaha-usaha gigih anakanda sekelian .sesungguhnya kita tidak keseorangan dalam bera’mal soleh . ni’ma ajrul a’milin .semoga usaha-usaha sebegini akan diteruskan tanpa jemu-jemu hingga ke akhir hayat .alfu mubarok buat anakanda ikhwah n akhawat mesir di sana .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: