Iklan: Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H

Sambutan Aidil Fitri ISMA Mesir 2008 / 1429 H (SAFI 1429H)

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir dengan ini berbesar hati untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri di bumi Mesir dengan menganjurkan majlis Sambutan Aidil Fitri ISMA Mesir 2008 / 1429 H (SAFI 1429H). Majlis yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran ini akan dihadiri bersama oleh TYT Dato’ Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Prof Madya Dr. Jamil bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia-Kaherah serta pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri.

Di antara objektif yang hendak dicapai melalui majlis ini adalah :

1.    Meraikan lebaran ‘Aidil Fitri dengan semangat mahabbah dan ukhuwwah di kalangan warga Malaysia di Mesir.

2.    Memperkenalkan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir kepada seluruh warga Malaysia di Mesir terutamanya komuniti pelajar.

3.    Membina kerjasama dan hubungan yang erat antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) dengan pihak kedutaan, JPMK dan pertubuhan-pertubuhan pelajar di Mesir.

Tema : “Dengan Taqwa, Lebaran Lebih Bermakna.”

Berikut adalah butiran lanjut mengenai majlis ini :

Tarikh        : 9 Oktober 2008 bersamaan 9 Syawal 1429 H
Tempat      : Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabie’, Madinah Nasr, Kaherah

Pelan Lokasi:

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi majlis sambutan Aidil Fitri ini. Kehadiran anda amatlah dihargai.

4 Responses

  1. Alhamdulillah satu lg langkah ke hadapan unt msk dgn pljr2 msia di mesir..mubarak `alaikum …Allahu ma`akum..siruu ala barakatillah..

  2. moga-moga majlis ini akan mendapat keberkatan dan curahan rahmat daripada Allah s.w.t. dan memberi sumbangan yang besar kepada kerjasama untuk merealisasikan amal islami…Amiiinnnn….

  3. alhamdulillah…SAFI pada thn ini berjalan dengan lancar dan sangat meriah..satu permulaan yang baik utk ISMA-Mesir

    moga terus maju

  4. Tahniah kepada ust Farhan,kerana menjalankan tugas dengan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: