Berita: Pelancaran Rasmi Penubuhan ISMA-Mesir dan S.A.F.I. 1429


11 Oktober, Kaherah -Tuan Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir kelmarin telah melancarkan secara rasmi penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir). Pelancaran yang dilakukan serentak dengan perasmian Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H atau singkatannya SAFI 1429 ini telah disempurnakan pada tanggal 9 Syawal 1429H bersamaan 9 Oktober 2008, bertempat di Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabi’, Madinah Nasr, Kaherah.

Klip petikan ucapan perasmian oleh TYT Dato’ Zainal Abidin

Dalam ucapan perasmiannya, TYT Dato’ merakamkan ucapan terima kasihnya kepada pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat kerana telah mewujudkan cawangannya di Kaherah. Beliau menyambut baik penubuhan persatuan-persatuan baru seperti ISMA-Mesir bagi  menampung bilangan mahasiswa Malaysia di Mesir yang semakin bertambah.

Di samping itu, TYT Dato’ turut menyatakan rasa gembiranya kerana ISMA-Mesir meletakkan kepentingan ilmu sebagai salah satu daripada agenda penting dalam visi dan misi penubuhannya dan harapan beliau agar ISMA-Mesir dapat menjadi sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam membentuk budaya ilmu dan budaya berfikir di kalangan masyarakat mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.

Dalam ucapannya juga, beliau menasihati para hadirin yang majoritinya dari kalangan mahasiswa agar menekankan aspek pengurusan yang merupakan elemen penting dalam mencapai apa jua kejayaan.

Bertemakan “Dengan Taqwa, Lebaran Lebih Bermakna”, SAFI 1429 telah berjaya menghimpunkan masyarakat mahasiswa dari pelbagai negeri dan jurusan pengajian. Seramai hampir 500 pengunjung hadir memeriahkan SAFI pada tahun ini.

Tetamu kehormat lain yang turut hadir termasuklah Ustaz Zainuddin bin Abdul Rahman mewakili Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Encik Zakaria bin Othman, Pegawai Kebajikan Rumah Negeri Kedah, Encik Mohd Khousaini bin Mohd Naim; wakil ISMA-Pusat, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia-Mesir (ABIM-Mesir); Ustaz Shahid bin Shafruddin, Presiden Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN), Sdr Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin serta beberapa orang wakil Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).


Lagi gambar menarik…

8 Responses

  1. Alhamdulillah, tahniah atas penubuhan ISMA-Mesir dan salam aidilfitri, taqabalallah minna wa minkum. salam dari bumi kangaroo.

  2. Teruskan langkah…

    Jalan baru sahaja bermula…

    Kuatkan hubungan dgn Allah…kerna itulah sumber kekuatan kita yg asasi.

    Rapatkan,kemaskan, ukhuwah antara kita..kerna itu bukti kebersamaan kita.

    Hiasi diri dgn akhlaq Islam…tampilkan qudwah yg terbaik dlm semua aspek.

    Juga mahirkan diri dgn skill2 baru…demi survival ummah &

    utk Malaysia yg lebih gemilang~

    salam dari Kaherah,Mesir

  3. Tahniah buat ISMA-Mesir.. Moga terus maju dalam usaha2 dakwah di sini..Allahuakbar!

  4. alfu mabruk..

    teruskan perjuangan..kuat diri moga kejayaan dapat diraih bersama..

  5. Tahniah buat ISMA Mesir! Moga terus maju ke hadapan demi membentuk generasi yang mantap!

  6. Mengikuti perkembangan dengan penuh minat. Bit Taufiq wan Najah. Antum daiman fi Qulubina

  7. Assalammualaikum..

    Alfun Mabruk..Tahniah buat ISMA-MESIR..Salam rindu dari ana untuk semua ikhwah..Semoga dakwah yang dijalani diberkati Allah SWT..Salam ‘Aidilfitri untuk semua..Maafkan segala kesilapan..

  8. assalamualaikum..

    tahniah buat ISMA MESIR …moga dakwah dan tarbiyah semakin berisnar di bumi mesir..salam rindu dari malaysia

Leave a comment