Tazkirah: Apa selepas Ramadhan?


Apa selepas Ramadhan?

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ولله الحمد

Alhamdulillah, kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan tahun ini, semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Kita panjatkan doa supaya tidak tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menjalani bulan Ramadhan sebagaimana yang telah diungkapkan dalam hadis baginda Nabi (SAW),

خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له

“Rugi dan celakalah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”

Ramadhan meninggalkan kita tanpa ada jaminan adakah kita akan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Para solafussoleh terdahulu menangisi pemergian Ramadhan dan selalu memperbanyakkan doa supaya dipertemukan semula dengan Ramadhan yang seterusnya.

اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

Persoalannya, bagaimana seharusnya kita menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Hadirnya Ramadhan sebagai madrasah, mendidik jiwa agar lebih bertaqwa, menekan gelojak nafsu agar tidak bermaharajalela, melatih diri melazimi tilawah al-quran dan memotivasikan semangat mencari redha Allah. Kita dapat lihat di kala Ramadhan tiba, manusia berduyun-duyun memenuhi masjid, beriktikaf, bertilawah, bertarawikh, bertahajjud dan seribu macam lagi kebaikan. Semuanya berebut-rebut mendapatkan peluang di dalam bulan Ramadhan. Namun selepas perginya Ramadhan , hilanglah segala ruh kebaikan bersamanya. Ini bukanlah apa sebenarnya yang diingini daripada madrasah Ramadhan.

Rabbani Laisa Ramadhani

Apa yang ingin dilahirkan melalui madrasah Ramadhan adalah insan-insan yang mempunyai jiwa rabbani dan bukan sekadar memiliki semangat Ramadhani. Apa yang diingini adalah hamba yang melakukan amal kebaikan dalam tujuan mencari redha Allah dan bukan sekadar mengejar ganjaran pahala iaitulah insan yang menjadikan Ramadhan sebagai batu loncatan dan pembakar semagat untuk terus mempertingkatkan amal dan bukan sekadar menjadikannya satu-satunya bulan untuk berbuat kebaikan. Segalanya kembali kepada niat kita di awal Ramadhan dahulu. Jika niat itu bersih semata-mata mengharapkan redha Ilahi insyaAllah, rasa taqwa itu akan berterusan walaupun Ramadhan itu sudah pergi.

Eidul Fitri yang bermakna

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَام لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Dari Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Idul Fitri dan Adha), dengan ikhlas kerana Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia. (HR. Ibnu Majah).

Eidul Fitri, atau hari raya merupakan satu hari yang amat bermakna dalam hidup seorang muslim kerana hari ini telah menggantikan segala jenis perayaan pada zaman jahiliyyah dahulu. Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ اْلأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya, “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari kalian dengan dua hari yang lebih baik darinya, yaitu Eidul Adha dan Eidul Fitri”. (HR. Nasa’i)

Fitrah bermakna sediakala atau boleh juga ditafsirkan sebagai suci. Begitulah pada hari lebaran ini, kita patut menyambutnya suci dari segala noda-noda jahiliyyah. Mengikut cara yang diajar Nabi SAW dan melaksanakan sunat-sunat hari raya seperti bertakbir, solat sunat hari raya, menziarahi taulan, berhibur dan bergembira dengan batasan syariat yang jelas. Hari Raya memang dibenarkan malah disunatkan untuk kita berhibur tetapi semuanya perlulah ada batas dan adabnya.

Hari raya sepatutnya disambut dengan menghidupkan hubungan ukhuwwah sesama kita, mungkin dalam bulan Ramadhan kita kurang bertegur-sapa lantaran khusyuknya di dalam masjid, atau mungkin dahulu kita bermusuh-musuhan dan ada rasa tidak puas hati, maka di kesempatan hari raya inilah kita bermaaf-maafan dan mempertautkan ukhuwwah.

Jadi bersamalah kita menghidupkan hari raya kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari bulan Ramadhan yang lalu. Sesungguhnya “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: