Berita: Kursus Kepimpinan & Kerjaya


24 Oktober, Kaherah – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Kerjaya bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK). Program selama 3 hari bermula 22 Oktober ini lebih kepada pendedahan kepada bidang keusahawanan, pembinaan modal insan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh mahasiswa pada masa kini. Dalam masa yang sama, program seumpama ini turut dianjurkan di beberapa negara luar Malaysia yang lain selain Mesir, seperti Morocco, Amerika Syarikat dan United Kingdom dengan beberapa kumpulan lain dari KPT.

Kursus ini telah dikendalikan oleh 4 orang pembentang yang didatangkan khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Antaranya , Prof. Dato’ Dr Yusoff bin Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, dan juga sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merangkap ketua rombongan dari Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Abd Majid, sebagai Timbalan Naib Chansellor di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi, sebagai pensyarah di Universit Putra Malaysia (UPM) Serdang dan juga Puan Nor Hayati bte. Daud, sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi.

ISMA-Mesir telah menghantar kira-kira 30 orang yang terpilih untuk mewakili persatuan sebagai peserta yang hadir memenuhi jemputan dan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang bernaung di bawah Kedutaan Malaysia di luar negara. Walaupun bilangan peserta yang berdaftar mencecah angka 200, tetapi yang mampu memberikan komitmen hingga ke akhir program hanyalah lebih kurang 100-150 peserta sahaja. Keadaan ini disebabkan peserta-peserta yang berdaftar tergolong dalam kalangan pelajar perubatan yang perlu menghadiri kuliah pada waktu pagi.

Antara isu-isu yang dibentangkan oleh penganjur adalah ‘Modal Insan – Cabaran dan Harapan’ yang berkisar mengenai sejarah modal insan dan perkembangan kebangkitan manusia di dunia, meliputi gelombang yang hadir dalam dunia, selari dengan perkembangan tamadun manusia di dunia yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Yusoff Othman. Isu keusahawanan telah dibentang secara umum oleh Prof. Dr. Abd Majid (UMT), memberikan pendedahan dan galakan kepada peserta terhadap keusahawanan dan perlunya negara kepada usahawan-usahawan Melayu untuk menjamin kestabilan ekonomi negara serta peluang-peluang yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang ingin terjun dalam bidang ini. Seterusnya isu kepimpinan dan kerjaya dalam Islam yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi, berkisar isu-isu perundangan syariah dan sosial di Malaysia.

Program ini berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Prof. Madya Dr. Mohd Jamil, dengan ucapan penutup yang berkisar mengenai kepentingan ilmu dan dikaitkan dengan kisah Talut dari kalangan Bani Israel. Seterusnya, sesi penyampaian sijil serta bergambar bersama wakil KPT dan JPMK yang diadakan sebagai kenang-kenangan.

Secara ringkasnya, program ini amat bermanfaat dan bermakna buat mahasiswa/wi Mesir kerana pendedahan yang dibentangkan berdasarkan fakta yang tepat dan padat, serta pembentang-pembentang yang dibawakan khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah tokoh-tokoh yang jarang-jarang sekali untuk mendapat peluang mendengar kata-kata mereka secara langsung.

ISMA-Mesir mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah di atas jemputan dan program yang dianjurkan, serta mengharapkan agar program-program seperti ini diperbanyakkan lagi supaya generasi yang lahir di Mesir dapat selaras dengan perkembangan di Malaysia dan membantu mempertingkat kualiti mahasiswa/wi di Mesir.

One Response

  1. salam. tahniah kepada ISMA-Mesir atas penglibatan dan komitmen yang memuaskan hati penganjur. Cuma gambar tu ada slack sket dkat banner, tu banner yg tak berkaitan dengan program… tapi lupe nak dicabut, oleh itu jgn terpedaya dengan banner blakang tu ye. salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: