Pengumuman: Berpindah

Assalamualaikum wbt,

Pengunjung yang dihormati, laman web rasmi IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA-Mesir) telah berpindah ke laman web baru. Sila ke http://ismamesir.com atau klik di sini.

Kerjasama dan sokongan anda sangat kami hargai.
Terima kasih.

Tazkirah: Optimistik Da’wie


Umat Islam kini berdepan dengan krisis yang maha dahsyat, di mana pemerintahan dunia ketika ini disusun dengan bukan berpandukan panduan rabbani, kekuasaan dunia kini tidak berada pada keadaan yang sepatutnya, pada tangan yang sepatutnya, dan dengan cara yang sepatutnya.
Continue reading

Iklan: Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H

Sambutan Aidil Fitri ISMA Mesir 2008 / 1429 H (SAFI 1429H)

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir dengan ini berbesar hati untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri di bumi Mesir dengan menganjurkan majlis Sambutan Aidil Fitri ISMA Mesir 2008 / 1429 H (SAFI 1429H). Majlis yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran ini akan dihadiri bersama oleh TYT Dato’ Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Prof Madya Dr. Jamil bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia-Kaherah serta pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri.

Di antara objektif yang hendak dicapai melalui majlis ini adalah :

1.    Meraikan lebaran ‘Aidil Fitri dengan semangat mahabbah dan ukhuwwah di kalangan warga Malaysia di Mesir.

2.    Memperkenalkan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir kepada seluruh warga Malaysia di Mesir terutamanya komuniti pelajar.

3.    Membina kerjasama dan hubungan yang erat antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) dengan pihak kedutaan, JPMK dan pertubuhan-pertubuhan pelajar di Mesir.

Tema : “Dengan Taqwa, Lebaran Lebih Bermakna.”

Berikut adalah butiran lanjut mengenai majlis ini :

Tarikh        : 9 Oktober 2008 bersamaan 9 Syawal 1429 H
Tempat      : Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabie’, Madinah Nasr, Kaherah

Pelan Lokasi:

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi majlis sambutan Aidil Fitri ini. Kehadiran anda amatlah dihargai.

Khas: Ucapan TYT Dato’ Duta & Pengarah JPMK (*updated)

Ucapan khas untuk IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA-MESIR (ISMA-MESIR) oleh TYT Dato’ Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Prof Madya Dr. Jamil bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia-Kaherah sempena Aidil Fitri 2008/1429.

 

Berita: Karnival Sukan ISMA-Mesir 2008

KAHERAH, 11 Mac. -Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir) buat julung kalinya telah mengadakan Karnival Sukan ISMA-Mesir pada 8 Mac yang lalu. Karnival selama sehari ini bertempat di Mukhayyam Kashafi Daim, Hayyu Sadis. Karnival ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga penuntut di bumi Mesir dengan kehadiran lebih 100 orang peserta.

Continue reading

Peranan Daie dalam Isu di Ghaza

Seorang daie kepada Allah adalah umpama jantung yang hidup bagi umat Islam, yang bergerak dan menggerakkan umat demi menangani isu-isu yang mereka hadapi, juga menyedarkan mereka tentang perancangan jahat musuh terhadap mereka. Bahkan lebih daripada itu, dia juga berperanan sebagai ketua didalam perjuangan mereka.

Oleh itu, dakwah kepada Allah tidaklah terbatas kepada ibadat sahaja bahkan ia juga merangkumi seluruh isu-isu umat Islam. Ia juga merupakan tunjang di dalam berdakwah kepada Allah. Justeru, tidak sepatutnya seorang daie berlepas tangan daripada menangani isu-isu umat yang akan menentukan masa depan mereka serta menyedarkan manusia seluruhnya (tanpa mengira sesiapa) tentang perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada mereka. Dia harus memimpin mereka menuju keredhaan Allah (swt).
Continue reading