Berita: Kursus Kepimpinan & Kerjaya


24 Oktober, Kaherah – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Kerjaya bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK). Program selama 3 hari bermula 22 Oktober ini lebih kepada pendedahan kepada bidang keusahawanan, pembinaan modal insan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh mahasiswa pada masa kini. Dalam masa yang sama, program seumpama ini turut dianjurkan di beberapa negara luar Malaysia yang lain selain Mesir, seperti Morocco, Amerika Syarikat dan United Kingdom dengan beberapa kumpulan lain dari KPT.
Continue reading

Berita: Pelancaran Rasmi Penubuhan ISMA-Mesir dan S.A.F.I. 1429


11 Oktober, Kaherah -Tuan Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir kelmarin telah melancarkan secara rasmi penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir). Pelancaran yang dilakukan serentak dengan perasmian Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H atau singkatannya SAFI 1429 ini telah disempurnakan pada tanggal 9 Syawal 1429H bersamaan 9 Oktober 2008, bertempat di Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabi’, Madinah Nasr, Kaherah.
Continue reading

Berita: Perkampungan 10 Akhir Ramadhan ISMA-Mesir


27hb Sept, Kaherah- Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir telah menganjurkan program Perkampungan 10 Akhir Ramadhan ISMA-Mesir 2008. Program yang bertempat di Pejabat ISMA-Mesir, Kaherah dan Masjid Salam ini merupakan yang kedua seumpamanya. Program pada tahun ini melibatkan 40 orang peserta dengan sebahagiannya merupakan pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang baru tiba di Mesir. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah selain mengeratkan hubungan persaudaraan antara peserta.
Continue reading

Berita: Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah JPMK

Dari kiri: Sdr Muhd Rushdi, Sdr Shuhaib Ar-Rumy, Professor Madya Dr. Jamil,
Sdr Salman Al-Farisi dan Sdr Salman Abd Rahman

8 Sep, Kaherah- Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di sini semalam telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk penuntut-penuntut Malaysia di Kaherah. Majlis yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) itu turut dihadiri oleh beberapa pegawai dari Kedutaan Malaysia di Mesir dan pegawai dari JPMK. Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir) turut bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa tersebut atas jemputan pihak JPMK.

Continue reading

Berita Semasa: Pengusaha kantin Kedutaan Malaysia meninggal

Kaherah, 31 Mac – Pengusaha kantin pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang lebih dikenali sebagai Wak Jasman, warganegara Malaysia hari ini meninggal dunia. Jenazah telah disembahyangkan di Kompleks Rumah Negeri di Hayyu ‘Ashir sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam-Melayu di sini.
Continue reading

Berita: Hari Kesenian & Kebudayaan ISMA-Mesir ’08

Kaherah, 18 Mac. – Seni merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt), selain juga sebagai wasilah untuk menyampaikan mesej pada masyarakat. Atas dasar ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah menganjurkan Hari Kesenian dan Kebudayaan ISMA-Mesir 2008 pada 15 Mac yang lalu. Program yang berlangsung selama sehari ini bertempat di Dewan Griya Jawa Tengah, Hayyu ‘Ashir. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Mohd Sabri bin Muda.
Continue reading

Selamatkan Rakyat Gaza!

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Continue reading