Khas: Perutusan Aidil Fitri Pengerusi ISMA-Mesir

Perutusan khas oleh Pengerusi ISMA-Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-rumy bin Selamat sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008 bersamaan 1429H.

Khas: Aidiladha, Hari Disempurnakan Binaan Umat Islam

Aidiladha dan Aidilfitri merupakan antara syiar Islam yang agung. Oleh kerana itu, disunatkan ke atas umat Islam untuk bersuka ria padanya selagi mana tidak melanggar batasan syara’. Anas bin Malik (ra) meriwayatkan bahawa kaum Ansar mempunyai dua hari untuk bersuka ria pada zaman jahiliyah, lalu apabila Nabi tiba di Madinah, baginda (saw) bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menukarkan bagi kamu dua hari yang lebih baik darinya; Aidilfitri dan Aidiladha”.

Aidilfitri umpama hari yang mana diletakkan batu asas bagi binaan negara Islam padanya, maka ia adalah hari perhimpunan bagi umat Islam, justeru perhimpunan mereka melambangkan ketinggian kalimah Allah. Sedangkan Aidiladha pula merupakan hari di mana sempurnanya binaan tersebut. Justeru, betapa layaknya kedua-dua hari tersebut untuk menjadi hari perayaan bagi umat Islam, tergambar padanya memori silam serta sirah Rasulullah (saw) di hati mereka. Continue reading

Khas: ISMA-Mesir di MECC ’07

26 November, Kaherah – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan Karnival Kerjaya Timur Tengah (MECC ’07) di sini hari ini. Majlis perasmian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kaherah (CICC) ini dihadiri oleh ribuan pelajar Malaysia di Mesir.

Dalam pada itu, Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Mesir) – (ISMA-Mesir), saudara Muhammad Sabri bin Muda bersama-sama Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir, saudara Nurfaizul bin Nuzam dan Setiausaha ISMA-Mesir, saudara Shuhaib Ar-rumy bin Selamat telah turut sama menyertai karnival tersebut. Continue reading

Khas: Kunjungan Hormat Ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Bersama Dato’ Duta

CERIA: Dari kiri; Sabri, Datuk Zainal Abidin, Aminuddin, Shuhaib

Kaherah, 7 November — Satu kunjungan hormat dengan TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Kaherah di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohandisein telah dilakukan oleh Encik Aminuddin Haji Yahaya, Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam siri lawatan beliau ke Mesir. Beliau yang diiringi oleh Muhammad Sabri Muda, Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)-Mesir, Nor Faizul Nuzam, Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir dan Shuhaib Ar-rumy Selamat selaku Setiausaha ISMA-Mesir sangat gembira dengan pertemuan tersebut meskipun singkat dan berharap agar ia menjadi jambatan penghubung antara badan bukan kerajaan seperti ISMA dan pihak kedutaan Malaysia di Mesir. Continue reading

Fokus Khas: Perutusan Aidil Fitri Presiden ISMA

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN ISMA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidil Fitri kepada ahli-ahli, rakan-rakan ISMA dan semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca perutusan ini.

Pertamanya marilah kita merakamkan jutaan kesyukuran kerana dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan sehingga dapat menyelesaikan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita ke Ramadhan akan datang. Wa kullu am wa antum bikhair. Continue reading

Khas: Amanat Presiden

AMANAT PRESIDEN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Merdeka 50

31 Ogos 2007 kita akan menyambut hari jubli emas kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun. Hari bersejarah ini berhak disambut dengan penuh kesyukuran dan kemegahan kerana ia adalah tarikh keramat buat penduduk di bumi bertuah ini. Hari di mana tamatnya pendudukan orang putih dan bermulanya pemerintahan sendiri. Walaupun perjuangan mengisi kemerdekaan tidaklah kurang sengsaranya dari perjuangan kemerdekaan itu sendiri, seperti kata Tun Dr Mahathir.

Hari yang penuh bermakna ini harus disambut dengan penuh penghayatan terhadap detik-detik perjuangan yang panjang, yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Ia tidak harus dijadikan sekadar publisiti politik murahan atau sebagai hari bersukaria, membeli belah, bercuti dan berkelah, atau hari warna warni untuk promosi pelancongan.
Continue reading