Tazkirah: Apa selepas Ramadhan?


Apa selepas Ramadhan?

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ولله الحمد

Alhamdulillah, kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan tahun ini, semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Kita panjatkan doa supaya tidak tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menjalani bulan Ramadhan sebagaimana yang telah diungkapkan dalam hadis baginda Nabi (SAW), Continue reading

Advertisements

Tazkirah: Persediaan Menghadapi Ramadhan

الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Continue reading

Tazkirah : Bulan Rejab

الوقت هو الحياة

‘Masa adalah kehidupan.’

Betapa benarnya ulama’ tersebut tatkala beliau mengungkapkan kata-kata di atas. Masa lebih berharga dari emas, tidak mampu dijual beli dan tiada gantinya.

Detik masa akan sentiasa berlalu. Hari bertukar bulan, dan bulan bertukar tahun. Dan kini, samada kita sedar ataupun tidak, kita sudah menghampiri ke penghujung bulan Rejab. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama muhasabah diri, sejauh mana penghayatan kita terhadap sempena-sempena yang telah Allah sediakan untuk kita.

Bulan Rejab

Bulan rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam.

إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله يوم خلق السموت والأرض منها أربعة حرم

‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.’
At-Taubah : 36

Selain Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan mulia, dimana diharamkan pertumpahan darah padanya. Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain, bulan Rejab dihiasi dengan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulallah dan Umat Islam. Bulan Rejab menjadi saksi kepada  Hijrah pertama ke Habsyah, peristiwa Isra’ Mikraj, Perang Tabuk, pembukaan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dan beberapa peristiwa yang lain.
Continue reading

Tazkirah: Monolog Keinsafan

Ketika sedang membasuh pinggan untuk memberi laluan kepada rakan serumahku untuk memasak, aku terdengar suara muazzin bergema melaungkan azan Asar… ketika itu,terdetik di hatiku… alangkah pengasihnya Dia yang mencipta diriku… sudi memanggilku lima kali sehari untuk menghadapNya walau aku seringkali sahaja melupakanNya malah ‘mencabarnya’ dengan maksiat-maksiat yang aku lakukan…hiba rasanya di hati mengenangkan rahimnya Tuhanku… seperti kata-kata seorang pendakwah yang pernah ku dengar…’so close He is, no matter how far you are..’.
Continue reading

Tazkirah: Diri kita yang mesti diubah

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ))

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)

Ketikamana Allah (swt) menurunkan al-Quran kepada Rasulullah (saw), lalu baginda membacakannya kepada kaum Arab pada waktu itu, al-Quran memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap jiwa mereka dan menguasai sepenuh hati mereka, dengan itu Allah mengubah diri mereka menjadi peribadi-peribadi yang sangat berbeza keadaan mereka selepas memeluk Islam jika dibandingkan dengan keadaan mereka semasa jahiliyah.
Continue reading

Tazkirah: “Demam Imtihan”

‘Demam imtihan’ kembali melanda warga mahasiswa di Perlembahan Nil ini. Di sana-sini, majoriti dari kita sudah mula bercakap-cakap tentang fatrah imtihan yang makin mendekat dan tidak kurang juga yang mula merancang pelbagai strategi belajar. Namun, apa yang pasti, walau apa pun cara atau strategi, kita sama-sama inginkan kecemerlangan dalam imtihan kali ini. Bagi sahabat-sahabat dalam kuliah perubatan pula, mereka terlebih dahulu telah merasai demam imtihan bagi fasa ini.
Continue reading

Tazkirah : KEIKHLASAN

zulfiqar

Suasana cukup tegang. Manusia berkeliaran, debu berterbangan, dan mayat berkelimpangan. Itulah suasana peperangan padi kali ini. Seperti biasa, tentera muslimin berjuang dengan bersungguh-sungguh, memburu syahid dan syurga Allah (swt). Di tengah-tengah medan kelihatan seorang yang gagah perkasa memburu lawannya dengan penuh bersemangat. Pedangnya yang bercabang dua itu jelas bersinar dibawah pancaran matahari. Ya tidak syak lagi, beliaulah Saidina Ali bin Abi Talib (ra). Sepupu dan menantu Rasulallah (saw), serta salah seorang daripada sepuluh yang dijamin syurga. Lawannya kini sudah tersungkur. Pedang diangkat untuk tetakan maut. Tiba-tiba lawannya meludah ke arahnya. Lantas dengan serta merta Saidina Ali (ra) memalingkan diri. Meninggalkan lawannya terpinga-pinga.
Continue reading